CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
/>Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, September 28, 2008

selamat hari raya..

Emmm...punyalah lama tak post kat sini sampai dah nak raya dah...kalau kak nad cakap dia morning sickness..sama lah,kerana sebab tu lah juga dah lama saya tak post..nak mengadap komputer pun malas...kepala asyik sakit yang tak hilang2,makan kalau tak kena muntah...check doctor dia kata semua normal,Uhh!!memang teruk mengandung kali nie,sebelum nie memang tak penah macam nie..sehingga saya kata pada suami,jikalau rezeki kali nie kembar memang berbaloi,kerana kawan saya baru2 nie melahirkan anak kembar sepasang,memang comel sangat...biarlah teruk pun alah tak apa..tapi tak ada dalam sejarah saya atau suami yang kembar..berangan je lah,tapi apapun tuhan tu maha kuasa,Dia boleh buat apa saja..tak mustahil kalau DIA nak bagi..Amin...

Untuk pengetahuan semua..saya sekarang sudah berada di PERLIS...Ah!!bestnya..dah lama dah tak balik,saya sampai sini ari sabtu malam,dan saya masih lagi demam tak baik2...minta2 raya nanti tak sakit kepala dan selsema je..baru best nak g umah orang dan makan..Maisarah lah yang paling best sekali...seminggu sebelum balik dia dah siapkn beg baju..ari2 bilang hari nak balik..Suhail pulak dah pandai cakap,walaupun pelat,tapi barulah sekarang dia nak betul2 kenal orang perlis...kalau tak yang dia kenal,tok mi dan acu dia je,sebab diaorang yang selalu cakap telipon dengan dia..

Salam,oklah..setakat nie je...apapun thanks untuk sesiapa yang selalu ziarah sini walaupun saya tak upgrade...salam.......