CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
/>Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, July 9, 2008

Apakah Pilihan Saya???????

Tujuan menulis kali nie bukanlah niat untuk meminta belas ehsan,sekadar berkongsi pengalaman dan 'RASA'...

Saya bukanlah orang senang,nak kata susah..Alhamdulillah,setakat ari nie Alahh SWT sentiasa cukupkan dan sempurnakan..Dah lama juga tak menulis di sini kerana agak sibuk sikit kebelakangan nie dengan kelas tuisyen...

Tengah hari tadi saya ada call mama..saja bertanya kan khabar dia..tapi adik saya yang jawab..ktorang pun borak2..pastu dia tanya tentang penjualan pad (tuala herba wanita yang di beri abg saya untuk di jual..ia adalah cara MLM..tu pun mama yang sponsorkan saya jadi ahli..jadi dapat lah pad tu sikit..)

Saya dah 2 bulan letak tuala wanita nie di kedai kawan,ada satu lagi kedai rupanya dia juga menjual tuala wanita yang sama..dia cakap dah lama dia letak tapi yang laku cuma satu dua..tapi saya pikir tak apa..cuba biar lama lagi..dalam pada masa yang sama apabila saya jumpa kawan2 sudah tentulah saya promotekan barang saya..tapi masih tiada yang mahu..dengan keadaan kewangan sekarang mungkin ramai nak berjimat kot..jadi saya pun runsing...apa yang perlu saya buat???? Berharap hanya pada Allah SWT..Jadi mungkin belum ada rezeki saya lagi..

Saya juga cite benda yang sama pada adik saya..tapi bila saya kata agak susah nak jual di sini..dia bagaikan memprotes kata saya..dan akhirnya dia macam malas nak cakap ngan saya mungkin dia pikir saya tak cukup usaha atau bagi orang macam saya semua susah..saya pun cakap lagipun saya tak cukup modal...adik saya cakap Pad yang ada tu abg saya cakap jual la bila dah jualduit simpan dapat rm200 sekali untung boleh buat modal beli yang baru...itu betul saya tak nafikan..
Tapi bila dia cakap ayat simpan..saya terfikir,bukan tak nak simpan kalau ada duit..nak sangat2 simpan...keluarga selalu cakap pada saya duit kalau ada simpan,tak perlu tak payah beli,beli apa yang patut je..save..save..saya pun terpikir agaknya mungki8n diaorang ingat saya boros..beli yang bukan2...

Bagi saya jangan kata nak simpan,nak beli barang atau susu anak pun kadang2 tak ada duit...kalau saya ada duit rm100 saya cuma ada itu saja tak ada duit lain,dan suami juga tak ada duit...dalam pada hari yang sama susu,pampers,barang jkeperluan rumah abis..apa patut saya buat???????
Simpan duit tu untuk diri sendiri takut orang kata boros???
atau
Guna duit tu untuk barang2 yang abis tadi?????
Sudah tentu saya akan guna untuk keperluan anak2,biar saya tak ada tak apa..asal anak2 tak kelaparan di rumah..

Dengan gaji suami saya sebagai pekerja buruh biasa yang cuma rm 60 sehari,keje 5hari seminggu..60 * 5 = Rm 300 seminggu,sebulan rm1200..itu kalau keje 5hari seminggu,,kalau ada hal yang tak dapat di elak..2 3 bulan nie gaji dia bila di kira cuma 800 sebulan je...jadi bila saya ada tak kan saya nak simpan untuk saya..sudah tentu di guna bersama..untuk keperluan...

Dia keje seminggu..abi9s seminggu baru dapat duit..yang seminggu tu nak makan apa? lepas minggu pertama keje dapat duit bayar sewa umah 300..abis duit..keje lagi seminggu..dapat duit bayar bil2..susu.pampers..abis 300..keje lagi..Jadi cuba kita pikir..yang dalam dua minggu tu macam mana keperluan???tu tak termasuk sakit demam lagi...
anak saya pernah sampai dua tiga hari tak kminum susu sebab ktorg tak ada duit nak beli susu...
apa yang mampu suami saya beri cuma itu..jadi saya redha..lagi pun ada ramai lagi yang susah dari saya..saya tak pilih hidup macam nie..wanita mana yang tak mahu hidup dia dan anak2 sempurna cukup lengkap segalanya..nak ada segalanya..semua orang nak..Tapi Tuhan tidak akan menguji seorang hambanya tanpa hamba itu mampu laluinya...

Tuhan itu nak memberi kesenangan,kebaikan selepas kita melalui musibah dan ujian darinya dengan redha..saya percaya tuhan akan membalas segala yang di ber ujian ini.kalau tak sekarang,lambat laun,kalau tak di dunia,tapi di akhirat kelak..

Tapi orang tak akan faham selagi tak lalui apa yang kita lalui..bila kita cakap oarang akan kata..Faham..Tahu..tapi dia akan cuma Faham dan Tahu bila kena pada batang hidung sendiri...
Anak sulung saya pernah cakap "Kita orang susah..sian kat kita.."
Saya cakap pada dia.."Kita tak susah..kita kaya kerana kita ada Allah SWT.."


Saya dan suami selalu berfikir biarlah kaperluan kami cuma cukup untuk keperluan tak banyak macam orang,namun dia ada saya dan anak2 dan saya ada dia dan anak2,kerana semua ini lebih bernilai dari segala-galanya....biarlah dia tak mampu seperti orang lain namun kerana agamanya saya bahagia...sepanjang saya berkahwin satu benda pun saya tak penah minta dari dia..kerana saya tak ingin membebankan dia..cukuplah dia redha dengan saya..kerana saya cuma mengharapkan syurga melalui dia..

Jadi apakah pilihan saya?????

Miss u Abah...

5 comments:

Muhamad Elyas Harun said...
This comment has been removed by the author.
Muhamad Elyas Harun said...

Alhamdulillah, Allah swt telah memberi kesenangan pada safiyah sekeluarga dengan sifat kekeluargaan dan kerja para anbiya yg sudah tentu diredhai olehNya dunia dan akhirat.

Tiada istilah "fakir dan miskin" dalam kamus kehidupan Baginda Rasul s.a.w walaupun kita tahu betapa peritnya kesusahan hidup seorang kekasih ilahi yg namanya terletak bersebelahan dengan nama Tuhan yg Maha Agung.

Ilmu dan Agama adalah harta warisan Baginda s.a.w yg begitu berharga. Cukuplah dengan kekayaan warisan baginda, kita bahagia dan berjaya Dunia dan Akhirat.

Anak-anak juga adalah harta yg tidak ternilai. Betapa banyak sabda-sabda Baginda dan Qaul dari Al-Quran yg menceritakan tentang kelebihan anak-anak kepada keluarga.

Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t terus dan terus memberi safiyah limpahan kebahagian dan rahmat.

Mungkin adik Safiyah tidak berniat untuk memaksa safiyah menjual pad pada kadar segera, tetapi hanya memberi semangat yg kadang-kadang maksud yg disampaikan tidak secara tepat.

Tak apalah, jikalau dia tidak memahami situasi safiyah kerana tempatnya tidak sama dengan tempat yg safiyah berada sekarang.

Keadaan safiyah, sama seperti keadaan Ayah dan Ibu safiyah pada permulaan hidup mereka. Bahkan mereka penah lalui situasi yg lebih teruk yg tak pernah diceritakan kepada sesiapa.

Begitu jugak dengan saudara safiyah yg lain. Cukuplah Allah menjadi tempat kita meminta.

Nasihat saya, jika ingin meneruskan penjualan pad, buatlah sekadar yg mampu dan kemudian berdoa dan mintalah pada Allah s.w.t. Yg selebihnya biar Allah swt yg uruskan.

Allah s.w.t berkata yg bermaksud :" Kamu buat lah kerja kamu (dengan mendoa, membuat kebaikkan dan lain-lain) dan Aku akan buat kerja Aku (dengan memberi kamu limpahan rezeki, rahmat,kesenangan dan lain-lain).."

Kita bertanggungjawab atas apa yg disuruhNya dan Dia bertanggungjawap atas apa yg kita minta..

Saya sangat gembira dengan apa yg safiyah tulis mengenai suami dan anak-anak safiyah.

Semoga Allah S.W.T terus dan terus memberi rezeki dan kebahagiaan kepada safiayah sekeluarga dan memasukkan safiyah dikalangan orang-orang yg diredhaiNya...
Amin!

Sofinee Harun said...

Hemmm...What a nice comment...At last, Kak opin rasa it's the best writing from Abang yeh..Kenapalah dia tak tulis macam tu dalam blog dia?????

Apiah,

Macam yang Abang yeh kata...we all did suffer and go through the same thing that we might not say that. Tapi Kak opin pun ada cerita dalam blog sekarang.

Of course, Kak opin faham apa ynag apiah luahkan. Kak opin pernah berada di situasi lebih perit dari apiah yang tak pernah apiah dengar. Tapi, abang jamal selalu pesan, kalau kita tak makan tiga hari tanpa mengadu pada sesiapa kecuali Allah maka Allah akan jamin rezeki untuk setahun. Itulah yang kami dapat selepas tahun pertama di UK dengan segala perit dan merit. BAyangkan masa tu Kak opin tengah mengandungkan Sumrah dan ada Sabeera dengan Syameem. Abang Jamal cuma dapat kerja hujung minggu saja!! Kekadang kerja tak ada. Balik saja.

Apiah..Logiknya duit yang masuk dalam poket selama tahun pertama di UK ni tak cukup untuk membiayai sewa rumah, bil dan makan minum. Tapi berkat keyakinan yang kita belajar masa keluar jemaah, jaga amalan kita, sembahyang isra', yaseen di pagi hari , surah2 selepas magrib, insya Allah..begitu banyak rezeki yang datang dari langit, alhamdulillah.

Memang sekarang ni Kak opin dah senang, alhamdulillah..Tapi ingatlah Apiah, setelah 14 tahun berkahwin, baru nak terasa lega. Walaupun masih ada hutang2 yang perlu di langsaikan.

Kalau ikutkan Kak opin miss masa2 susahnya dulu. Masa 2 tulah tahap keimanan kita tinggi melangit. Betapa indahnya hidup cuma dengan pergantungan kepadanya yang Maha Esa.

Apiah,

Sekurang2nya..dapat jugak Mahadi kerja..banyak lagi orang yang dok cari kerja tak dapat2..banyak lagi orang yang hidup lebih melarat.

Apiah,

Apiah memang ada pilihan. This is our life, we the one who conduct them. Not other people. Biarlah apa yang orang nak kata. TAmbahan pulak kalau orang yang belum berkahwin. Macam Apiah katalah..memang orang tak faham kalau tak kena batang hudung sendiri. Allah tu Maha Adil..

Cuba Apiah ingat, kalau Allah bagi kesenangan, adakah Apiah akan ingatkan Allah lebih lagi dari sekarang. Kesenangan adalah ujian yang lebih hebat dari kesusahan.

Apiah,

Apiah ada pilihan yang lebih baik lagi. Apa yang Apiah tulis, cuma gaji teori duniya. Tetapi teori realitinya Allah boleh bagi lebih dari apa yang Apiah sangka. Insya Allah..Teguhkan keyakinan dan jaga amal..Tak ada yang lebih baik dari itu.

My du'a goes to you and your family my beloved sister...

safiyah harun said...

alhamdulillah..betul segala apa yang abg yeh dan kak opin cakap,apiah ok,apiah tak kisah macam nie asal apiah bahagia,macam kata kak opin,sememangnya inilah kenikmatan dalam hidup,cuma bergantung harap pada Allah SWT..

Mahdi cakap Rasulullah SAW minta lagi di bangunkan bersama orang miskin di akhirat kelak,jadi ini adalah anugerah bg kita..
Biarlah kita tak berharta tapi kita ada Usaha Agama,kerja nabi yang mana tak semua orang Allah swt pilih..

apapun thanks banyak2 buat kak opin dan abg yeh..very nice comments..
i love u all....

Semoga kita sentiasa berada di dalam limpah kurniaNya dan sentiasa menerus Usaha Dakwah..Ameen..

bedah said...

semoga allah memberkati kita semua.
seperti man akta abg yeh. dlu mama n abah pun susah n x senang macam skrg.
abah di korea sihat alhamdulillah.
sia sealalu call ckp dgn mama.
nah pun x dan nak ckp dgn dia.
...
doa byk k.
=)