Lamanya tak menulis..Dah rindu..tapi masa asyik tak mengizinkAri nie sebenarnya kemas rumah,buang semua barang2 yang dah tak pakai,dan hari nie siapkan satu bilik untuk maisarah dan suhail belajar...diaorang pun happy sangat...maisarah mulai minggu lepas dah tak gi sekolah di atas sebab2 tertentu..jadi saya plan nak ajar dia kat rumah sampai habis tahun nie dan dalam masa yang sama insyaAllah ujung bulan nie nak daftar dia di kelas Smart Reader...kelas tu seminggu 2 kali,sekali sesi 2 jam,dan bayarang sebulan rm60,start tahun depan dia dah saya daftar di tadika Perkim di sitiawan,Kenapa saya hantar dia ke perkim?Ada orang yang tanya kan soalan ini..jawapannya,Apabila saya meninjau di sini tiada melayu yang buat tadika dengan kaedah seperti english islamic school,kebanyakkan orang pagi antar anak-anak ke tadika abim atau pasti-dari kul 8pg-11.30pg,ptg dari kul 3-5 antar pegi tadika cina di sitiawan untuk english,Jadi saya pikir mcm tak pratikal dan anak2 mcm stress je..jadi saya meninjau dan lebih eloklah di perkim,Kerana guru untuk english-cina mualaf dan englishnya memang bagus,di situ ada 2 org guru mualaf dan sorang guru berbangsa melayu,di situ juga menekankan english,mathematic dan ajaran islam,kerana itu adalah permintaan Mualaf cina dan india bagi kawasan sitiawan,dan tadika nie juga di bawah jabatan agama islam,anak saya juga adalah orang melayu pertama yang mendaftar di situ,salah satunya juga maisarah baik di situ adalah kerana kebanyakkan kanak2 perempuan di situ akan pergi ke sekolah rendah convent bila darjah 1,jadi satu bonus untuk dia mendapat kawan apabila dia hendak masuk ke darjah 1,kerana maisarah juga akan ke convent..Ramai juga ahli keluarga suami yang tak setuju bila dapat tahu saya mendaftar maisarah di convent utk sek.rendah,kata mereka itu sek cina banyak dan banyak org kristian,Namun hakikat yang sebenarnya bila saya pergi sendiri meninjau,antara kebaikannya:
1. semua pelajar adalah perempuan.
2.kebanyyakkan guru adalah melayu dan beragama islam.
3.Pelajar yang memakai tudung adalah boleh dikatakan 80%.
4.pendidikan islam pun ada.
So,bukanlah seperti yang di katakan orang..
Malam nie sebenarnya saya ada di rumah mentua,kitaorang dah 3 hari tak datang sini,pagi tadi handphone abis battery jadi caj,dan bila sibuk terus terlupa,ptg td dah kul 7.15 bila on tgk mak mentua saya call 25kali,Saya dan suami mula la kecut perut,dari pagi tadi pulak tu diaorang cuba call,HP saya pulak hilang,jadi kitaorang terus cepat2 siap dan keluar dtg umah mentua,Kitaorang sepanjang jalan mcm2 spekulasi di buat,tup2 bila sampai,rupa2nya lepas isyak ada kenduri di rumah mentua saya nie,saya pun hairan kenduri apa,tak ada hujan,tak ada ribut,tetiba nak adakan kenduri,saya pun tanya pada suami kenduri apa?,Jawapannya "Kenduri nak berubat abah,nak buang SAKA" terdiam saya dengar jawapan dia,ayah mentua saya memang selalu sakit2, bila saya diam suami saya terus sambung "tapi setakat hari nie Alhamdulillah belum ada lagi anak2 abah yang dapat saka nie," Saya pun cakapla, "baru malam nie ingat nak tgk drama baru kat tv3,KEKASIHKU SERU,kisah tentang waris yang mencari keturunan tuannnya,"
tetiba azan maghrib,suami terus g sembahyang,kenduri pun tak panggil ramai orang sebab,ada la 5 6 org dan adik-bradik yang dekat je kot..
ok...stop dulu,nanti sambung
salam...BYEEEEEEEEEEEEE..
UMRAH dan ZIARAH bersama EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd
-
*PROMOSI DISKAUN RM1000 UNTUK SEMUA PAKEJ UMRAH EMRAZ‼️ (tertakluk kepada
baki stok)*
*PAKEJ MUSIM 1445 HIJRAH KAMI MENGGUNAKAN HOTEL SAFWAH SEPENUHNY...
2 years ago
7 comments:
Lama tak dengaq cerita. Abg yeh doakan semoga ayah mahadi cepat sembuh. Amin!
salam apiah..bukan nak buang saka. memamng kalau kita sakit2 elok bagi sedekah. Dalam lain kata, jamulah orang makan. Cakap nak buang saka tu cakap orang melayu lah.
Hemm..apiah tak rasa membazir ke hantar ke smart reader. Kak Opin rasa macam membazir aja...Memang lah kat malaysia kalau tak join ketinggalan, tapi tak rugi kat mana pun rasanya. Guna aja duit tu untuk beli coulour, pencil dengan buku dan alat2 crat untuk maisarah. Ajar dia buat art and crat lagi baik rasanya untuk rangsang development dia. She's so cleaver. Need to make sure her cleaver been used in good way. Don't have to be semua acedemic.
emm..baik jugak kalau apiah ada intetnet kat rumah..banyak manfaatnya. Boleh jugak print out macam2 untuk tuition apiah tu. Tapi..tulah..nak pindah pun bukan senang..doa..buat istikarah.
Hantar anak ke sekolah yang kebanyakkannya kaum dari bangsa lain dan agama lain tidak semestinya akan mencorakkan anak menjadi tidak elok. Pokok pangkalnya didikan di rumah. Daripada pengalaman saya berbelas tahun di sekolah cina buat saya rasa banyak juga manfaat saya dapat. Manfaat terhadap disiplin, cara berfikir, bagaimana memahami bangsa lain dan sebagainya.
thanks for all comment..
betul juga kata kak opin..apiah nak try la buat mcm tu...cuma sekarang mmg apiah yang banyak nak kena buat reserch..insyaallah lepas raya nie mungkin dah boleh on internet di umah,safiyah ngan mahdi buat keputusan untuk tak pindah mana2..nak sewa je kat umah auntie dee tu,sebab lagi pun nanti tak lama lagi masjid dah nak buat dah kat umah tu,jadi sayang nak pindah..
nanti apiah try tgk link2 kat blog kak opin..thanks..
Alfaisal: betul kata awak,semamngnya apapun bermula dari rumah,kita sebagai ibubapa yang prlu banyak bercakap,mengingatkan anak2 kita,salah satu tujuan nak hantar maisarah ke convent adalah untuk biar dia bercampur dan jangan rasa orang berbangsa lain tu tak bagus..rasanya bila dia bersekolah di sek yang melayu sahaja mungkin dia juga tiada sifat ingin berlumba untuk jadi pandai,dia pikir tak kisah,sebab itu yang saya nampak bila hantar ke tadika biasa,jadi mudah2an dia akan ada sifat nak tahu dan pandai macam orang,apapun, thanks..
kak piah,
paklang ada saka??
Ya ALLAH.. :(
moga Paklang sihat cepat. AMIN.
maisarah is a very clever girl. hantar mana pun ok. :)
salam kak piah.
lama x jenguk blog kak piah.
nah pun doa moga ayah mahdi sihat.
tima kasih nah..
Kak lang: tu la..semalam abg ngah dok sembang ngan opah,oapah sekarangkan tak sihat,asyik baring je,jd abg ngah sembang2 ngan dia,tajuknya,SAKA, memang betul la dia orang nie,benda nie bukan apa,asal yang nenek moyang dulu,kita tak minta,tapi bila benda tu tak di jaga apabila sampai masa untuk kita,maka dia akan mencari warisnya....
Apapun kita jangan percaya....Hanya Allah kuasa..Makhluk tak kuasa..
Semoga kita terpelihara dari benda2 yang tak elok..
Ameen..
Post a Comment