CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
/>Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 19, 2008

Pada 17hb aritu suami saya keluar jemaah 3h,Bermula ahad pg sampailah semalam baru dia balik..
selama 3h tu saya datang dan tinggal di rumah mentua,kebiasaannya saya tak nak,tapi di sebabkan saya kurang sihat,saya tido di sini,3h,2 mlm di sini,memang plan nak buka blog nak up date,tapi kepala saya asyik sakit dan tak nak hilang,saya g klinik doktor kata tak ada apa.darah normal,semua ok....mungkin Tuhan nak ampun kan dosa..Amin...

Semalam sampai je suami saya di umah,dia bawakan bermacam cite,kerana salah seorang dari ahli jemaah yang kuar tu,pada 16hb tu dia ke sri petaling umtuk hantar satu karkun untuk kuar 40h,jadi dia bagitau yang dia ada jumpa Abah di sri petaling,dan dia berasa sangat gembira dapat tengok Abah buat pertama kalinya,kerana sebelum nie asyik dengar nama je,dia tinggal satu halqah dengan ktorg sembahyang di surau yang sama dengan suami saya,ada pernah dah banyak kali abah datang ke surau tu,tapi dia tak tahu yang itu adalah Hj Harun..dalam ramai2 orang yang dia jumpa,antaranya ada satu karkun 'HAWAS' yang dia kenal,yang mana dulu adalah bos dia masa bekerja di satu bank di KL,kebetulan ktorg pun kenal,jd dia pun cite lah pada sumi saya kisah yg di cerita oleh HJ F...

Pada tahun lepas saya ingat lagi masa saya ada balik ke perlis,ada dapat tahu yang satu jemaah,yang salah seorangnya adalah Hj F,ada di hantar ke pulau langkawi,dan HJ F nie adalah antara salah seorang jemaah "tashkeel" iaitu orang yang usaha kan untuk membentukkan jemaah..sememmangnya semasa jemaah nie di langkawi,semasa mereka hemdak pulang ke sri petaling mereka dapat bawa 2 bas jemaah cash dari langkawi...

Semasa di langkawi Hj F nie telah di putuskan oleh amir jemaah bersama seorg lagi ahli jemaah untuk pergi ke tasik dayang bunting,untuk berjumpa dengan satu orang tua yang berumur 70an, pak cik nie di katakan pernah kuar 40h masa dia muda dulu,jadi dia dah lama dah tak kuar lagi selepas tu,jd HjF nie dan kawan td berangkat ke pulau tersebut dan sampai sebelum zohor di sana.mereka terus ke rumah pak cik tersebut,bila sampai mereka di sambut baik,dan mereka pun memberitahu tujuan mereka datang iaitu untuk mengajak pak cik nie kuar 40h...
pak cik nie pun bgtaulah yang dia baru berkahwin,dan mungkin mempunyai sedikit kesulitan,kerana kalau dia pergi tiada orang boleh jaga isterinya,namun Hj F terus bgtau pada dia
"makhluk tidak boleh menjaga makhluk.." dan dia pun mencerita lagi tentang banyak kelebihan bila kita kuar di jalan Allah ini...dan dia cakap pada pak cik tersebut "pak cik pergilah cakap pada isteri pak cik macam mana yang kami cakapkan pada pak cik,kami akan tunggu pak cik di masjid sambil zikir,nanti sembahyang zohor pak cik datang bgtau keputusan." HJ F pun terus ke nmasjid dgn kawan tadi,Bila sampai waktu solat zohor pak cik td sampai dengan senyum sampai telinga,dalam keadaan sangat gembira dia memberitahu yang isterinya mengizinkan dia pergi,namun katanya keperluan kewangannya mungkin tak cukup,Kata HJ F,"tak apa,pak cik tinggal banyak mana untuk keperluan isteri,bawa yang mana ada sahaja," selepas di kira,dia cuma ada dalam rm2-300 sahaja,Jadi selepas solat zohor mereka pun berangkat,kerana bas nak kl akan bertolak pada kebesokkan harinya...maka dengan pilihan Allah swt pak cik tadi pun dapat pergi bersama..

Selepas sehari di sri petaling jemaah yang ada pak cik nie di putuskan kuar di area Subang Jaya,iaitu kawasan HJ F td,hari pertama tu dia masih ok dan sihat,pada hari kedua dia mengalami batuk yang teruk,jadi mereka memutuskan untuk bawa dia ke hospital,bila sampai di sana dia di kesan mengalami virus di buah pinggang dan buah pinggangnya dah rosak teruk dan virus dah samapi di jangtungnya,dia terus di masukkan ke ICU,dan bernafas dengan hanya mengunakan bantuan mesin,mereka memaklumkan pada isterinya dan isterinya redha,dia meninggal pada keesokkan harinya,isterinya meminta jenazah Arwah di bawa pulang untuk di kebumukan di pulau dayang bunting.jadi ahli jemaah bermesyuarat dan mengira segala kos hospital,penghantaran,mandi jenazah kafan sampai lah kubur,semua sekali Rm1300...jadi ahli jemaah sedia untuk menambah jikalau tak cukup duit arwah,dia orang pun check beg duit dia dan terkejut sangat duit yang ada dalam dompet arwah cukup rm1300..jadi arwah selamat di hantar pulang dan di kebumikan..betul2 pilihan Allah SWT,walau dah lama tak kuar namun dia di pilih untuk mati di jalan Allah SWT..orang yang mandikan jenazah memberitahu,tak pernah dia memandikan jenazah seharum dan seringan mcm jenazah arwah..

Terlalu banyak sangat kelebihan apa bila kita syahid di jalan Allah SWT,namun masa tak mengizinkan saya nak menulis lebih lanjut..ada keje pulak..mentua panggil...salammmmmmmm...

2 comments:

Anonymous said...

masyaAllah.
moga kita pun dapat mati di jalan Allah.
ameen.

Muhamad Elyas Harun said...

http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=salam_perantauan2008&pub=salam_perantauan2008&y=2008&dt=0919&sec=Album&pg=elyasnadiahuniazharmesir.html

Bukak tu :)