CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
/>Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 3, 2011

NUSRAH JEMAAH

dah 2 3h tak menulis,agak sibuk sebb ada jemaah masturat ( wanita) datang dari Achec indonesia,ke rumah kawan saya di bt10,lekir..jadi saya meluangkan la masa untuk pergi ziarah dan dengar serta bermuzakarah tentang agama selama 2 hari mereka di situ..

saya pergi pada pukul 9 pagi pada hari selasa,namun tak sempat habis program pada pukul 1.25,saya dah balik pada pukul 11.30 untuk mengambil anak saya sekolah,tapi sebenarnya tak balik pun tak apa,sebb suami ada di rumah haritu dan boleh tolong ambilkan,tapi lemahkan manusia dengan godaan syaitan,nak ambil anak di jadikan alasan nak balik..

pada sebelah petang,selepas zohor tiada program,jadi saya tak pergi,namun sebelah petang saya berazam nak pergi,kerana selepas asar ada bayan ( ceramah dari kaum lelaki ),namun sekali lagi tergoda dengan bisikan syaitan..alasan kali nie pulak ialah,tak boleh nak pegi,sebb malam nanti nak g ipoh,petang nak uruskan anak balik sekolah ,takut kalau pergi,nanti letih sebb balik nak siap anak lagi..itulah manusia,lemah dengan godaan syaitan bila berkaitan agama..

besok pagi,mmg agak keletihan sebb selasa malam tu balik dari ipoh pukul 4pg,sampai pada pukul 5pg..so alasan kononya tak nak pegi sebb terlalu mengantuk..so selepas smbhyg dan baca yasin je lepas subuh tu,anak2 pun tak g tadika dan sekolah agama pg..tido balik,pastu lepas masak semua g kejap kat jemaah pada pukul 11.30 selepas hantar anak sulung g sekolah..

dan petang juga sempat luangkan masa untuk pergi dengar bayan,,dan yang paling best kawan baik saya yang saya kenal selama 8 tahun,ikut saya pergi tengok jemaah buat pertama kali nya..
alhamdulillah,akhirnya Allah swt makbul doa saya dengan memilih kawan saya untuk sama2 pergi ke majlis belajar dan mengajar ini..alhamdulillah..

em..cukup lah untuk harinie.ada benda best nak share..tapi dah lewat acctually sekarang..so besok sambg ok...salam....

Saturday, February 26, 2011

PANGGILANNYA....


SALAM TO MYSELF..

SAYA SEMENJAK2 NIE,TERINGIN NAK BUAT SATU PERUBAHAN PADA DIRI SAYA

saya ingin menjadi seperti mana ibu saya,kakak saya,dan terbaru kakak ipa
r saya,mereka semua memakai purdah...saya teringin nak memakai purdah dari dulu lagi,tapi terlalu banyaknya tipu daya syaitan di sekeliling saya,saya selalu berfikir,kalau saya pakai purdah,nanti saya akan mcm terasing dgn family in law,dan kalau saya pakai purdah nanti terhad,dan yang paling di tipu,kalau saya pakai purdah nanti org cakap,saya buat sebb keluarga saya semau pakai,benda tu buat saya terfikir,saya nak pakai kerana Allah,saya tak nak hipokrit,jadi masa tak sampai lagi,


tapi sekarang saya terfikir,bila kah masa tu?..apa lagi yang saya tunggu?...saya nak hampir dengan Allah swt lagi dan lagi,saya nak amal saya meningkat,saya nak
supaya saya dapat jaga,mata saya,mulut saya ,pendengaran saya,jadi saya pikir,inilah caranya,inilah masanya,
masa untuk memulakan langkah yang baru dalam fasa kehidupan saya,kerana mati itu tidak kira masa atau bila..mungkin harinie,mungkin esok masa kita,jadi kenapa saya menunggu?..dulu bula tak ada anak,nak tunggu ada anak,bila dah anak nak tu
nggu anak besar sikit,dah besar,nak tunggu kawin..so bila masanya,saya rasa saya tak boleh nak tangguhkan lagi..



Dalam keadaan saya yang sgt bersemangat nak berpurdah nie,saya juga ada rasa takut,saya nak bila saya dah berpurdah,biarlah ia kekal selamanya,bukan sekejap pakai sekejap buka..saya tak nak,fasa perubahan saya nie bersikap sementara,saya nak ia kekal sehingga akhir hayat saya...

minggu lepas saya ke kl bersama keluarga,saya dan suami
singgah sebentar di masjid jamek sri petaling masa dlm perjalanan pulang dan saya minta suami membelikan niqab yg baru,yg labuh sikit,saya ada juga niqab,biasa saya guna bila saya ikut suami keluar jemah tabligh 3h..saya suka pakai,cuma kekuatan dan semangat saya kurang..dan seperti saya kata tadi,banyak sangat saya tergoda dengan tipu daya syaitan...

selepas beberapa hari saya pulang dari kl,satu petang,mama saya call..dia bgtahu saya,adik saya dan mak cik saya yang sepatutnya pergi bersama2 umrah dengan dia pada 28 mac nie,tak jadi pergi,jadi mama saya men-offer saya untuk nak bawa saya pergi dengan dia..saya sgt la terkejut,hampir tidak berkata apa2..saya cuma jawab pada dia,nanti saya mesyuarat dengan suami saya dulu..tetapi dalam hati,saya berasa sangat2 sayu,sedih,saya terfikir,adakah ini panggilan darinya,dalam keadaan saya rasa tak bersedia,ti
ba2 dia memanggil...supaya datang lebih dekat dengannya,dan cuma lagi 3 minggu saya akan melangkah kaki ke sana,namun saya terus berdoa,bg saya selagi tidak sampai,bermacam2 lagi Allah boleh duga kita..

Dan saya juga merasakan bagaikan tidak layak untuk ke sana,namun kalau inilah masanya,saya terima dengan sepenuh hati,betapa saya rasa sayangn
ya Dia kepada saya,hamba-Nya yang kerdil,yang banyak dosa...

saya berdoa agar biar tahun ini menjadi tahun yang terindah dalam hidup saya apabila saya dapat membuat operubahan ke arah kebaikan yang melengkapkan saya sebagai wanita di atas muka bumi ini,sepertimana kehendak-Nya...

saya nak jadi seperti wanita ini..


alangkah indahnya kulihat
berjalan seorang muslimah mukminah
dengan wajah yang di tutupi niqab
dia berjalan penuh tawadhu'
langkah ibarat seorang pejuang muslimah yang
tenang,yakin,berwibawa,penuh dengan semangat
seorang mujahidah...

di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa,
bukan getaran nafsu,tetapi getaran keinsafan
untuk mengenali Allah dengan lebih dekat..
Ada sekeping hati yang di penuhi setiap ruang dan sudutnya,
dengan mengigati Yang Maha Esa...
Ada seulas bibir yang merah bak delima,
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah,
Ada sepasang mata yang redup,yang cukup terjaga dari pandangan maksiat..

Setiap gerak lakunya,cukup mengambarkan keperibadiannya yang lembut dalam tegas,
kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya,bahasa badannya,
yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana DIA.....
tidak terkeluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan,
melainkan hikmah,haq,serta mutiara-mutiara ukhwwah....
hanya dengan melihat pada perwatakkannya,sudah cukup untuk menarik
hati-hati yang lalai dari mengigati Allah,agar segera terfikir tentangnya....
subhanallah....

doa kan saya ye...:0 ( ada ke yang baca nie..)hehe..

BLOG INI SAYA YANG PUNYA...

hahah...nak ketawa rasanya,saya tulis ,saya baca,tapi apa pun tak ape la..setelah saya mengetahui tiada sesiapa yang sudi menjengah ke blog saya nie,maka saya rasa agak sedih,tapi tak ape la..biar la saya je yang baca,boleh la tulis ape yang saya rasa nak tulis,tak adae sape nak komen atau nak ' saman ' bukan tak tahu zaman sekarang nie,penulis blog yang kononnya berhak menulis apa sahaja di dalam blog nya pun kena saman..huhu..saya tak nak la kena saman2 nie,jadi bila dah tak ada pembaca nie..seperti burung yang bebas terbang kemana sahaja tanpa ganggguan,dan makan apa sahaja tanpa takut di curi burung lain,hah,sombong la pulak,tapi mungkin sama juga dengan perasaan saya masa mula2 kawin,dulu sebelum kawin,mak saya selalu marah2 juga kalau2 saya curi makan kat dapur,sebb dia nak jaga diet saya,tapi sekarg,dapur tu saya punya,saya boleh mkn dan masak apa sahaja saya nak,tanpa gangguan sape2...hehe,bila terkenangkan,memang lawak betul...memang sah2 dulu saya budak2....

saya berkahwin pada usia 17thn,tapi kalau ikut kelendar tarikh lahir,saya berumu dlm sijil kawin 16 thn...emmm,ramai yg terkejut,paling terkejut,doktor yang rawat saya masa saya nak bersalain,ikut tahun 18,tapi ikut ic 17 thn...tak terkata apa doktor tu..

so selepas nie,mcm2 kisah akan menyusul,setelah berbulan @ bertahun kot saya tak up date blog saya nie..personal blog la kononnya..hehe...best...bila mcm nie baru lah boleh di katakan :

BLOG INI SAYA YANG PUNYA...