Monday, December 29, 2008
sehingga berjumpa lagi..
Kitaorang saje nak bawa anak jalan2..
Hampir dua bulan saya di sini,macam2 yang saya lihat dan pelajari..harap2 akan menjadi teladan dan pengalaman...apabila sampai ja kat rumah nanti maka akan bermulalah kembali rutin harian yang padat..saya sendiri pun dah rindu rumah walaupun dah tahu akan penat yang akan datang ..balik je..first skali cuci rumah..mesti banyak habuk...dah tak sabar nak jumpa kawan2 yang baik kat sana..
Kebetulan pada hari khamis nanti,pada 1hb,ada kenduri di rumah mentua saya,kenduri naik buai anak kakak ipar saya,tahniah saya ucapkan pada dia,setelah melahir kan 3 anak lelaki dangan cara pembedahan dan akhirnya,anak yg keempat nie dia di kurniakan anak perempuan..dia berkahwin sama hari dengan saya,tapi anak dia dah 4org..dan saya baru nak coming soon yang ke 3..
Saya merancang bulan 1 dan 2 nie akan bz nak siap barang baby dan persiapan bersalin..saya juga harap baby akan sihat dan dapat lahir sama berat dengan kakak dan abangnya..saya melahirkan maisarah dengan berat 3.85kg dan suhail dengan berat 3.65kg dan skrg kandungan dah 7 bulan,baby baru 1kg tak sampai..risau juga..
saya tak tahu bila lg nak up date lepas nie,sebab takut tak sempat..tup2 nanti dah bersalin..
tapi insyaAllah kalau ada masa saya up date..sekarang nak kemas sikit2 lagi..sehingga berjumpa lagi..salaaaaaaaaaaaam...
Sunday, December 28, 2008
This year or next year????
Banyak yan saya belajar dan saya lihat di sepanjang tahun 2008...dan saya yakin tahun2 yang akan datang akan lebih mencabar dengan pembesaran anak2,dan saya mengharap melalui itulah saya akan lebih belajar untuk pengalaman hidup dan melalui segala cabaran dengan tenang redha...setiap apa yang berlaku pada tahun nie sudah di tentukan,dan saya yakin segala kenangan manis dan pahit yang berlaku semua kerana kasih sayang Allah SWT..Allah SWT memberi semua nya kerana kasih sayangnya kepada kita,saya masih ingat lagi kata Abah saya pada saya..
"Allah SWT menguji hambanya kerana hendak meninggikan darjat hambanya.."
Dan ayat itu terlalu banyak menenang kan saya sebenarnya..
Syukur saya atas kurniaan nikmat yang Allah SWT berikan sepanjang tahun 2008..terima kasih juga kepada orang2 sekeliling yang banyak memberi dan menerima..mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau perlakuan..semoga tahun2 yang akan datang akan lebih banyak mengajar kita erti kehidupan...amin..
Wednesday, December 24, 2008
BUATMU WANITA,ISTERI & IBU
Page 4
WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA WANITA
Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya.”
Saidatina Aisyah r.ha bertanya, “ Mengapa wahai Rasulullah SAW?.’
Jawab Rasulullah SAW,
- “ Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.
- Tiada memuji ( bersyukur / terima kasih ) di atas kemurkaan ALLAH SWT yang di datangkan melalui suaminya. ( Jarang terdapat orang perempuan yang mahu berterima kasih di atas pemberian suaminya.)
- Sering mengkufurkan ( engkar ) terhadap nikmat ALLAH SWT. Contohnya apabila berlaku sesuatu pertengkaran,ada isteri yang berkata, “Sudah 10 tahun kahwin dgn awak,tiada apa-apa pun.”
- Gemar bercakap perkara-perkara yang sia-sia yang berdosa. ( contohnya,apabila bercakap mengenai perabut-perabut rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
- Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuan dalam beragama,iaitu mereka sering tertipu atau ter pengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan,alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan zahir.
Maksud wasiat Rasulullah SAW di atas adalah mengenai ingin mengingat
BUATMU WANITA,ISTERI & IBU
Page 3
RASULULLAH S..A.W BERSABDA:
“DUNIA YANG PALING AKU SUKAI IALAH WANITA”
Tanda-tanda wanita yang baik Maruah dan Akhlaknya
- Berakhlak dengan ALLAH SWT seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadat,sabar dalam menempuh kesusahan(ujian daripada ALLAH SWT dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya).Sentiasa bersyukur dengan kurnia
- ALLAH SWT serta banyak mengigati ALLAH SWT.
- Mentaati suaminya,redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik,bersopan-santun dalam segala percakapan dan tindakan,menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
- Berakhlak dengan ibubapa,memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka.Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan ALLAH SWT.
- Baik pergaulannya sesame rakan,jiran dan masyarakat sekeliling.tidak menganggu dan menyakiti mereka,malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara termampu.
- Tumpuan hatinya ialah untuk membaiki akhlak,mengurus rumahtangga dengan baik,memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
BUATMU WANITA,ISTERI & IBU
Page 2
PESANAN LUQMAN AL-HAKIM
Pesan Luqman pada anak-anaknya:
“Sepanjang hidupku,aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para-para nabi yang lalu,iaitu sabda mereka:”
- Apabila engkau sedang solat kepada ALLAH SWT,maka jagalah baik-baik fikiranmu.
- Apabila engkau berada di rumah orang lain,maka jagalah pandanganmu.
- Apabila engkai di tengah-tengah majlis,maka jagalah lidahmu.
- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,maka jagalah perangaimu.
- Ingat pada ALLAH SWT.
- Ingat akan mati.
- Lupakan budi baikmu kepada orang lain.
- Lupakan semua kesalahan orang lain kepadamu
BUATMU WANITA,ISTERI & IBU
Asma Binti Khariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu:
- Wahai anakku,kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan.Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali.Itulah suamimu….
- Jadilah engkau tanah bagi suamimu ( taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu(tempat bernaung).Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.Jangan engkau bebani ia dengan berbagai-bagai kesukaran,kerana ia akan memungkinkan ia meninggalkan mu.Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu………………………….
Menghitung Hari
Dari hari jumaat lepas,mula2 jemaah masturat (perempuan) datang,tinggal di rumah jiran nie,pada hari sabtu pulak,jemaah perempuan kedah 40h yang ke thailand singgah di sini di umah mama 2 malam untuk transit sebelum bertolak ke kl pada hari isnin pagi..pada hari selasa pg jemaah kedah masturat 3 h pulak sampai di umah jiran yang sama,dan pada hari rabu pagi mereka pindah di satu umah di kangar..pada hari rabu ptg mama,abah dan nah,pergi nusrah jemaah south africa perempuan di rumah maksu asiah di jitra kedah..dan pg nie mama kuar 3h pulak di jitra,kedah..sememamngnya minggu yang penat..tapi setiap aktiviti dapat pahala..semuanya kerana agama Allah SWT...
Hari nie saya plan untuk rehat secukupnya..tapi anak2 pun dah boring sangat2 dok kat sini...ingat pg nie nak bawa diaorang g umah tok..tapi kalau pegi saya dah semestinya tak leh rehat..sekarang masih lagi berfikir..kalau ikut hati..malas sangat2..barang2 saya masih ada lg saki baki yang nak di kemas untuk bawa balik nanti..saya takut kalau2 wat last minit nanti bnyak pulak yang tertinggal..
Untuk persediaan menyambut bayi baru..percaya atau tak..satu benda apa pun saya tak siap lagi..saya ada rasa risau sikit..takut nanti tak larat..tapi sekarang masih lagi kesuntukkan masa..insyaallah saya nak mula siap sikit2 bermula bulan jan nie...banyak juga barang2 maisarah dan suhail yang saya dah bg pada kawan..tinggal la sikit2 lagi..
Suami saya pulak akan bertolak pada malam jumaat dan insyaallah akan sampai pada pukul 4 pg di sini..mula2 sepatutnya abang saya g amik,tapi dia cakap nak kuar 3h pada pg nie..tup2 dia tak jadi kuar,semalam pg dia g penang..ada kawan2 datang dari south africa..jd dia bawa diaorang g jalan2..mungkin 2 3 h baru balik....mana lebih pentingkan kerja agama atau kawan????
saya kadang2 takut nak komen..
Tapi bg saya semua terletak atas diri kita..kalau itu yang kita mahu.,.maka itu yang kita buat...biar lah walaupun apa yang kita belajar selama ini bertentanggan dengan apa yang kita buat..kita sepatutnya balance antara dunia dan akhirat,tujuan kita juga menuntut ilmu adalah untuk kita mengetahui segala perintah dan larangan allah SWT.. bukan untuk kita mengikut larangan dan meninggal akan perintahnya..
Walaupun abang saya tua dari saya,tapi bg saya keadaan semasa sebenarnya yang mengubah cara sesetengah ibu bapa itu mendidik anak2..biasa kita tgk adik2 kita lain cara dari kita..kita cakap..dulu2 lain,sekarang lain,kerana kita tua dari dia..cara kita muda dulu lain caranya kerana kita yang tua dalam kelauarga..tapi sekarang,keadaan semasa dunia yang merubah manusia..
Bg saya apabila kita sudah menjadi ibu bapa..kita patut beritahu pada anak2 kita apa yang baik dan apa yang buruk..kita tak boleh pikir..tak nak tegur dia secara terus terang kerana takut dia terasa hati..jadi kita kias cara2 yang kononnya menjaga hati..oh..zaman sekarang,mak bapak jaga hati anak2,bukan lagi anak2 yang takut dan patut jaga hati mak bapak..tak faham saya..mak bapak yang menjaga hati anak2 sampai tak mahu kata apa walaupun yang anak tu buat mereka tak suka..mereka biar jadi sekam dalam hati..bila meletus..anak2 jd bingung..salah siapa?????
anak atau mak bapak...
Bila di fikir dan melihat..saya menjadi takut dalam mendidik anak2...tapi Alhamdulillah suami saya banyak bercakap dan rapat dengan anak2..jadi tak lah saya sorang yang nak pikir cara menangani anak2..ada sesetengah lelaki tak pikir langsung hal anak,atau mungkin tak tunjuk kan..tapi bg saya itu tak betul..kita kena tunjuk dan bgtau..barulah anak2 tahu apa kita nak..
Lelaki yang jenis,umah bersepah dek kerana anak2,tapi dia tak tolong pun si isteri kemas,yang dia tahu berleter pada isteri tak pandai ajar anak2 dan anak2 di marahnya...tak bertanggung jawab ke dia?bila kita soal passti dia akan cakap..dia dah letih dah pergi keje cari duit untuk anak isteri,itu betul..tapi dia tak tahu..mengajar dan mendidik anak dan isteri di rumah juga adalah tanggungjawab dia..menolong isteri juga tanggungjawab dia..
Saya masih ingat lagi bila saya tanya suami saya,tak penat ke dia pegi keje,balik banyak bantu saya..dia cakap pada saya "apabila kita kuar rumah dengan mencari rezeki untu anak dan isteri kerana Allah SWT,maka setiap apa yang di lakukannya mendapat pahala..Jadi tiada rasa penat atau rugi di situ.."Begitu juga sebaliknya..apabila seorang isteri tahu segala kelebihan dan pahala apabila dia berkhidmat pada suami dan anak2 maka dia akan hilang rasa letih..
Nampaknya dah lari tajuk..itu lah kalau dah mula menulis..saya lepas nie akan postkan sedikit sedutan dari buku saya yang msih dalm proses penterjemahan hadith di johor,,semoga cepat siap..Amin...
sekian salam..
Wednesday, December 17, 2008
Tengah Marah Nie...
Boleh tak kita lepaskan geram dan marah kita pada seseorang di blog kita yang mana kita tahu dia tak baca blog2 nie... komen....
Monday, December 15, 2008
Demam apa?
kelmarin adalah hari saya kena check up,jadi saya dah di arah klinik kesihatan lekir untuk check up kali nie pegi ke klinik yang berdekatan umah mama,sebab saya dah di sini..jadi kelmarin kul 8pg lagi mama suruh pegi..mula2 mcm malas sgt2..sebab tak sihat.tapi g juga.mama suruh bawa cik meena kita wat teman..bila sampai,satu je ayat yang saya nak gambarkan tentang Klinik Kesihatan Beseri..perkhidmatan untuk rakyat yang sangat2 teruk...
selama saya mengandung dari anak sulung sampai yang sekarang tak penah lagi kena klinik teruk macam nie,saya rasa klinik Lekir yang jauh dari town tu lagi bagus services...kalmarin mula2 sampai,semua ibu mengandung kena g daftar kat bangunan depan,main office la..biasanya ibu mengandung memang daftar di klinik ibu mengandung,hairan betul,ibu2 yang dah biasa memang terus la ke bangunan depan,tapi mcm saya kena berjalan pulak g depan,biasanya klinik2 kerajaan nie,mesra ibu dan anak..bayang kanlah ada ibu yang datang nak check baby yang baru lahir 8 hari untuk kuning,kena g daftar dulu di bangunan depan,tu satu hal,lepas saya daftar saya dapat no,saya dtg ke bangunan ibu mengandg letak kat,rupa2nya no yang kita dapat tu tak ada guna pun,saje2 je bagi,nama kita juga yang dia panggil,kalau panggil kuat tak apa,nie perlahan,bila banyak kali panggil,tengking pulak..dah lah bangunan tak ada air cond..campur pulak check up,kanak2 ada,ibu mengandubg ada,orang klepas bersalin datang bawa anak pun ada...dah jadi ribut kat klinik..nurse pulak dalam orang sibuk2 tu boleh pulak kuar 4 5 orang g makan,tinggal la 2 3 org dangan keadaan ramai orang..Ahhh...tension saya tunggu dan lihat keadaan di situ..saya pulak pegi dengan perut kosong,kepala sakit,hidung selsema...lepas diaorg panggil amik tekanan darah,diaorg suruh g bilik amik darah,itu memang rutin,tup2 diaorg pun bgtau pada saya di sini dia masih gunakan jarum cucuk di tangan utk amik darah,bukan macam di lekir yang dah gunakan alat krcik yang jenis tekan je cucuk kat ujung jari..sini kena amik kat belakang siku...saya kalau tiap kali mengandung amik darah macam tu memang saya suka,ntah kenapa..tapi masalahnya pulak,urat saya susah nampak,urat kecik,dan lengan besar,mana nak nampak,sampai saya dah tahu dah,kalau org tu cucuk tak sakit,maknanya kena la urat,kalau sakit memang sah2 tak kena..
Bila sampai di bilik suntikan,saya bg tangan kanan,saya cakap amik kat kat sebelah tepi,itu urat yang senang dapat darah...dia pun ok..sekali dia cucuk2..tersilap pulak tak kena urat saya cakap.dah tak dapat darah..dah lama dia tarik buang,try tgn kiri..ada 2 nurse,sorang kata urat nie,sorang lagi kata urat tu..yang mula pun yakin dengan ckp dia walau pun urat tak nampak,dia cucuk,tak dapat,yg kedua pulak,sama la,urat tak nampak tapi kata ada,saya ckp juga urat tgn kiri pun yg belah tepi mudah,diaorg tak nak..cucuk tak dapat lg..dah 3 kali dah..diaorg amik tgn kanan balik..cucuk lg..tak dapat..last ade ke diaorg suruh saya bawa botol nak isi darah g bangunan depan suruh org bangunan depan amik darah saya...he..saya rakyat,diaorg patut khidmat pada saya..ahh...geram sangat2...dgn hati geram malas nak bising saya pun pegi.nila sampai..bangunan depan jarum habis..dah saya di bawa oleh jururawat lelaki pulak pegi balik bangunan belakang amik darah di sana..dia tanya saya tgn mana nak amik,saya bgtau urat yg sebelah tepi tgn kiri.dia kata ok.sekali je dia amik terus dapat...3ml lg dia org amil..lega satu bab kat situ...
Lepas tu diaorg dlm bilik tu suruh saya bawa kad merah saya letak kat kaunter depan,selepas 10minit diaorg kat kaunter panggil dan suruh saya letak kad tu dalam bilik doktor..masa saya letak saya adalah org ke4 akan di panggil..masa tu baru orang pertama.doktor bukan ada,yang ada nurse,check up biasa je,tanya baby gerak ke,ibu sihat tak,pastu lepas dia check baby sikit,bg tarikh baru boleh le balik,percaya atau tak dalam masa sejam nurse tu cuma dapat check 2 orang je,sorang ambil mas 30minit..pinttu bilik buka,dan saya yang menunggu kat luar nie,nampak,bukan check apa pun,ntah apa2 di soal sampai berjam2...Ahh..dah tak tahan,saya bangun bg tau pada kaunter depan,saya nak balik,saya tak larat nak tunggu lagi,saya ada hal...nanti ptg saya dtg lain..jawapannya "ya ka...ha tak pa la.." itu ja...saya terus blah,jam dah pukul 10:30 dah,kebetulan anak2 tinggal ngan mama,mama kul 10 nak g siam...
Saya balik,makan,rehat,tidur,kul 2:30 ptg baru saya g balik...masa saya pegi tak ada orang langsung,cuma nurse je la yang dok sembang2....saya dtg bgtau dia org,diaorg suruh saya dok dulu,lepas 15 minit salah seorg nurse yg dok sembang tu panggil saya masuk bilik..check la..dlm 10 minit habis,dia tanya juga nak tak amik ubat,jumpa doktor kat bangunan depan,saya tak nak..tak larat lg dah nak tunggu..nasib baik la saya sekali nie je..lepas nie balik check di lekir..LEGA....
Sememangnya setiap klinik patu ada cara tersendiri sesuai dengan persekitaran tempat tu....tak perlu sampai nak susahkan rakyat...diaorg mcm makan gaji buta ja...
Apapun semoga akan datang akan ada perubahan.....
Wednesday, December 10, 2008
Dah Update!!!!
Ari nie baru sempat nak tgk blog dan post sikit,..nie pun sebab budak2 tak ada..maisarah kuar main kat luar..suhail ikut abg chop kuar..lega..saya sebenarnya sekarang berada di perlis..rasanya dah 2 minggu lebih,sebab suami tak ada kuar jemaah 40h di besut terengganu..saya tak ingat dah brape hari dia g..tapi yang saya tahu 27hb nie,pg dia sampai sini...dan kalau tak ada apa2 insyaAllah pada 28 hb saya akan balik ke perak..kelas tuisyen pun akan start pada 3hb jan nie...dan akan kembali sibuk....
Bila baca blog my sister,memang tabik la..dia bukan saja ada masa yang dia curi untuk tulis blog,malah penulisannya panjang2 belaka...sempatnya dia..atau mungkin sebenarnya dia dah abis dah fasa dengan anak kecik...jadi masa agak ada kekosongan lagi..
saya masih lagi dalam fasa bersama anak2 kecil....dan apabila saya kira2..apabila saya berumur 33thn anak saya yang sulung akan berumur 15thn..adakah saya masih muda atau dah rasa tua...macam mana agaknya time tu..
start tahun depan saya dah mula sibuk hantar dan ambil anak di sekolah..start tahun hadapan juga...tak boleh lagi sesuka hati nak balik kg..kena tunggu cuti sek.start tahun hadapan maisarah dah di daftar ke tadika kanak2 perkim..apa yang saya lihat sistem pembelajaran di situ lebih bagus dari tabika kemas atau tadika swasta yg ada di kawasan saya..area umah saya yang paling dekat sitiawan dan kebanyakkan tadika cina..bila saya hantar tadika kemas sepanjang setahun tahun lepas (atas permintaan mentua saya) tiada apa yang anak saya dapat,melainkan lagu2 kemas,apa yang saya ajar dia je dia dapat..dia pegi dari kul 8-11pg,bayaran rm15...tadika perkim juga sama time pergi dan balik,bayaran rm25..tapi saya dah pegi duduk dan tgk cara guru dan sistem yang di gunakan..sama macam mana sistem dan juga cara yang di gumakan mama saya semasa mengusahakan tadika dulu..guru2 memang very good sangat..
antara subjek yang ada dan di tekankan
-bahasa melayu
-bahasa inggeris
-matematik
-bahsa arab
-pendidikkan islam
-akhlak
-quran
-bahasa cina(seminggu 2 kali)..
Dan apabila saya hantar maisarah ke situ insyaAllah dia akan mempunyai kawan bila ke convent..semua kanak2 perempuan di situ kebanyakkan akan ke convent..
untuk suhail pulak saya masih mencari pengasuh yang baru...kalau boleh untuk weekend saja pun tak apa..untuk hari yang saya ada kelas sahaja...saya cuma mengajar pada hari sabtu dan ahad je...kelas mula dari kul 8pg sampai 4 ptg..bermula bulan 4 saya perlukan pengasuh untuk 2 org pulak,suhail dan baby...pengasuh lama suhail dia dah jadi tukang masak di madrasah di lekir,jadi dah tak boleh nak jaga suhail..dia nak..tapi saya tak nak lah...environment untuk suhail dan baby dah tak best..sebab pg dan tgh hari dia memasak..jd bila nak tgk anak saya..jd kena cari pengasuh baru...
Persediaan untuk sambut baby baru pulak..apa pun belum buat..rasanya mula januari nie akan start nak beli brg...baju2 yg lama kebanyakkan dah bg org ada la lg sikit..jd banyak juga keperluan lagi..mudah2an Allah SWT mudahkan segalanya..Amin..
nie ada sikit gambar yg raya ari tu..tapi gambar suhail..bila di tgk2..ada tak ada baju....dia asyik tak diam je..