CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
/>Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, December 28, 2008

This year or next year????

Beberapa hari lagi genap la tahun 2008,pejam celik dah nak abis tahun...apakah dah beres segala janji dan azam kita pada Allah SWT dan agama....Apakah dah beres segala nisab kita pada usaha agama..setahun ada 12 bulan,seminggu ada 4 kali hari ahad,setahun nie cuma sekali je dapat kuar jemaah masturat,dan beberapa kali ke majlis taklim setiap ahad..mungkin boleh di bilang je dgn jari,dari pergi ke pekan khamis setiap khamis yang tak terbilang kerana banyak kali gi...lemah nya iman...itulah agama,benda yang bertentang dengan agama seperti nafsu,bukanlah agama...ikut nafsu lebih seronok g pekan khamis dari g dengar taklim....Ya Allah!malunya,punyalah banyak kenikmatan yang Allah SWT berikan,namun untuk memberi masa untuk agamaNya maka kita berkira-kira..sedangkan Alah SWT tidak berkira2a untuk memberi nikmat kepada kita..

Banyak yan saya belajar dan saya lihat di sepanjang tahun 2008...dan saya yakin tahun2 yang akan datang akan lebih mencabar dengan pembesaran anak2,dan saya mengharap melalui itulah saya akan lebih belajar untuk pengalaman hidup dan melalui segala cabaran dengan tenang redha...setiap apa yang berlaku pada tahun nie sudah di tentukan,dan saya yakin segala kenangan manis dan pahit yang berlaku semua kerana kasih sayang Allah SWT..Allah SWT memberi semua nya kerana kasih sayangnya kepada kita,saya masih ingat lagi kata Abah saya pada saya..
"Allah SWT menguji hambanya kerana hendak meninggikan darjat hambanya.."
Dan ayat itu terlalu banyak menenang kan saya sebenarnya..

Syukur saya atas kurniaan nikmat yang Allah SWT berikan sepanjang tahun 2008..terima kasih juga kepada orang2 sekeliling yang banyak memberi dan menerima..mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau perlakuan..semoga tahun2 yang akan datang akan lebih banyak mengajar kita erti kehidupan...amin..

No comments: