CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
/>Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 24, 2008

Menghitung Hari

Dalam sibuk jemaah kuar masuk di sini,tup-tup besok suami dah nak balik..bestnya lah..lega rasanya..saya dah keletihan dah menjaga anak2 keseorangan,kebetulan saya menghadapi masalah dengan kandugan..bayi saya di jangka kecil..dan asyik turun macam orang yang dah hampir untuk bersalin..mungkin kerana asyik naik turun tangga di sini..saya dilarang untuk mengkat atau mendukung suhail..kalau duduk bawah lebih dari 15 minit..bila nak bangun sakit yang teramat2 sangat..saya dah panggil mak cik urut..dia dah datang dan buat..tapi selepas beberapa hari jadi balik..nak wat macam mana..nak kena rehat..tapi dah di rumah orang,walaupun umah mak sendiri..tapi tak semua benda orang boleh tolong..dan boleh faham..jadi nak kena wat sendiri juga..

Dari hari jumaat lepas,mula2 jemaah masturat (perempuan) datang,tinggal di rumah jiran nie,pada hari sabtu pulak,jemaah perempuan kedah 40h yang ke thailand singgah di sini di umah mama 2 malam untuk transit sebelum bertolak ke kl pada hari isnin pagi..pada hari selasa pg jemaah kedah masturat 3 h pulak sampai di umah jiran yang sama,dan pada hari rabu pagi mereka pindah di satu umah di kangar..pada hari rabu ptg mama,abah dan nah,pergi nusrah jemaah south africa perempuan di rumah maksu asiah di jitra kedah..dan pg nie mama kuar 3h pulak di jitra,kedah..sememamngnya minggu yang penat..tapi setiap aktiviti dapat pahala..semuanya kerana agama Allah SWT...

Hari nie saya plan untuk rehat secukupnya..tapi anak2 pun dah boring sangat2 dok kat sini...ingat pg nie nak bawa diaorang g umah tok..tapi kalau pegi saya dah semestinya tak leh rehat..sekarang masih lagi berfikir..kalau ikut hati..malas sangat2..barang2 saya masih ada lg saki baki yang nak di kemas untuk bawa balik nanti..saya takut kalau2 wat last minit nanti bnyak pulak yang tertinggal..

Untuk persediaan menyambut bayi baru..percaya atau tak..satu benda apa pun saya tak siap lagi..saya ada rasa risau sikit..takut nanti tak larat..tapi sekarang masih lagi kesuntukkan masa..insyaallah saya nak mula siap sikit2 bermula bulan jan nie...banyak juga barang2 maisarah dan suhail yang saya dah bg pada kawan..tinggal la sikit2 lagi..

Suami saya pulak akan bertolak pada malam jumaat dan insyaallah akan sampai pada pukul 4 pg di sini..mula2 sepatutnya abang saya g amik,tapi dia cakap nak kuar 3h pada pg nie..tup2 dia tak jadi kuar,semalam pg dia g penang..ada kawan2 datang dari south africa..jd dia bawa diaorang g jalan2..mungkin 2 3 h baru balik....mana lebih pentingkan kerja agama atau kawan????
saya kadang2 takut nak komen..

Tapi bg saya semua terletak atas diri kita..kalau itu yang kita mahu.,.maka itu yang kita buat...biar lah walaupun apa yang kita belajar selama ini bertentanggan dengan apa yang kita buat..kita sepatutnya balance antara dunia dan akhirat,tujuan kita juga menuntut ilmu adalah untuk kita mengetahui segala perintah dan larangan allah SWT.. bukan untuk kita mengikut larangan dan meninggal akan perintahnya..

Walaupun abang saya tua dari saya,tapi bg saya keadaan semasa sebenarnya yang mengubah cara sesetengah ibu bapa itu mendidik anak2..biasa kita tgk adik2 kita lain cara dari kita..kita cakap..dulu2 lain,sekarang lain,kerana kita tua dari dia..cara kita muda dulu lain caranya kerana kita yang tua dalam kelauarga..tapi sekarang,keadaan semasa dunia yang merubah manusia..
Bg saya apabila kita sudah menjadi ibu bapa..kita patut beritahu pada anak2 kita apa yang baik dan apa yang buruk..kita tak boleh pikir..tak nak tegur dia secara terus terang kerana takut dia terasa hati..jadi kita kias cara2 yang kononnya menjaga hati..oh..zaman sekarang,mak bapak jaga hati anak2,bukan lagi anak2 yang takut dan patut jaga hati mak bapak..tak faham saya..mak bapak yang menjaga hati anak2 sampai tak mahu kata apa walaupun yang anak tu buat mereka tak suka..mereka biar jadi sekam dalam hati..bila meletus..anak2 jd bingung..salah siapa?????
anak atau mak bapak...

Bila di fikir dan melihat..saya menjadi takut dalam mendidik anak2...tapi Alhamdulillah suami saya banyak bercakap dan rapat dengan anak2..jadi tak lah saya sorang yang nak pikir cara menangani anak2..ada sesetengah lelaki tak pikir langsung hal anak,atau mungkin tak tunjuk kan..tapi bg saya itu tak betul..kita kena tunjuk dan bgtau..barulah anak2 tahu apa kita nak..
Lelaki yang jenis,umah bersepah dek kerana anak2,tapi dia tak tolong pun si isteri kemas,yang dia tahu berleter pada isteri tak pandai ajar anak2 dan anak2 di marahnya...tak bertanggung jawab ke dia?bila kita soal passti dia akan cakap..dia dah letih dah pergi keje cari duit untuk anak isteri,itu betul..tapi dia tak tahu..mengajar dan mendidik anak dan isteri di rumah juga adalah tanggungjawab dia..menolong isteri juga tanggungjawab dia..

Saya masih ingat lagi bila saya tanya suami saya,tak penat ke dia pegi keje,balik banyak bantu saya..dia cakap pada saya "apabila kita kuar rumah dengan mencari rezeki untu anak dan isteri kerana Allah SWT,maka setiap apa yang di lakukannya mendapat pahala..Jadi tiada rasa penat atau rugi di situ.."Begitu juga sebaliknya..apabila seorang isteri tahu segala kelebihan dan pahala apabila dia berkhidmat pada suami dan anak2 maka dia akan hilang rasa letih..

Nampaknya dah lari tajuk..itu lah kalau dah mula menulis..saya lepas nie akan postkan sedikit sedutan dari buku saya yang msih dalm proses penterjemahan hadith di johor,,semoga cepat siap..Amin...

sekian salam..

3 comments:

Anonymous said...

masya Allah, busynya kak piah and family.. pengorbanan yg k.piah buat skrg mmg akan dapat ganjaran yg lumayan di akhirat kelak. azie mmg xmampu nak korban mcm k.piah n fmly..

baru semalam jumpa mama k.piah di jitra. katanya, baby k.piah due march. tak sabarnyaaaa nak dapat anak sedara baru. tapi kat maisarah n suhail pun azie dah rindu sangat2. dengar aunty fauziah crita pasal maisarah n suhail pun azie dah jadi excited. bila la nak jumpa pulak. insyaAllah nnt kami datang tengok baby baru. besnya!

amal2, nusrah n masa terluang utk agama yg k.piah buat skrg ni sangat2 la manfaat utk baby k.piah. insyaAllah ngn amalan k.piah skrg, dia akan jd anak yg soleh/solehah, hafiz/hafizah, alim/alimah. amiin.

alhamdulillah, abang sam dah balik. ohh mesti sakanla maisarah n suhail melepaskan rindu kat ayah depa. nanti kalau nak datang jalan2 kat penang, datang jelaa. azie n bangah dah balik u tapi aiman still ada.

kak piah tgh buat buku? besnyaa. nanti azie nak jadi one of the earliest untuk baca tau!

oklah k.piah, moga Allah swt bantu semuaaa urusan k.piah n family.
selamat tahun baru!

:)

safiyah harun said...

salam azie..
Amin...InsyaAllah berkat atas doa dan nusrah Allah SWT bg kak piah anak2 tak jadi hafiz/hafizah alim/alimah,tapi dapat buat kerja agama pun dah cukup dah..tapi jika di beri semua skali..itulah bonus..

Doa la hidayat untuk kak piah..untuk semua ahli keluarga kita..

selamat tahun baru juga untuk azie..

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ...

Sama-samalah kita berdoa supaya dapat ikut jejak langkah sahabiah yg sanggup korban segala-galanya untuk agama Allah swt.

Mohon izin letak link akak kat blog saya :)