CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
/>Lilypie Second Birthday tickers

Monday, December 29, 2008

sehingga berjumpa lagi..

Pagi nie last day kat perlis..jap lg after zohor dah nak balik,malam nie insyaAllah akan stay di penang satu malam,di rumah uncle suami,dan esok pg atau petang akan bertolak balik ke perak..
Kitaorang saje nak bawa anak jalan2..

Hampir dua bulan saya di sini,macam2 yang saya lihat dan pelajari..harap2 akan menjadi teladan dan pengalaman...apabila sampai ja kat rumah nanti maka akan bermulalah kembali rutin harian yang padat..saya sendiri pun dah rindu rumah walaupun dah tahu akan penat yang akan datang ..balik je..first skali cuci rumah..mesti banyak habuk...dah tak sabar nak jumpa kawan2 yang baik kat sana..

Kebetulan pada hari khamis nanti,pada 1hb,ada kenduri di rumah mentua saya,kenduri naik buai anak kakak ipar saya,tahniah saya ucapkan pada dia,setelah melahir kan 3 anak lelaki dangan cara pembedahan dan akhirnya,anak yg keempat nie dia di kurniakan anak perempuan..dia berkahwin sama hari dengan saya,tapi anak dia dah 4org..dan saya baru nak coming soon yang ke 3..

Saya merancang bulan 1 dan 2 nie akan bz nak siap barang baby dan persiapan bersalin..saya juga harap baby akan sihat dan dapat lahir sama berat dengan kakak dan abangnya..saya melahirkan maisarah dengan berat 3.85kg dan suhail dengan berat 3.65kg dan skrg kandungan dah 7 bulan,baby baru 1kg tak sampai..risau juga..

saya tak tahu bila lg nak up date lepas nie,sebab takut tak sempat..tup2 nanti dah bersalin..
tapi insyaAllah kalau ada masa saya up date..sekarang nak kemas sikit2 lagi..sehingga berjumpa lagi..salaaaaaaaaaaaam...

Sunday, December 28, 2008

This year or next year????

Beberapa hari lagi genap la tahun 2008,pejam celik dah nak abis tahun...apakah dah beres segala janji dan azam kita pada Allah SWT dan agama....Apakah dah beres segala nisab kita pada usaha agama..setahun ada 12 bulan,seminggu ada 4 kali hari ahad,setahun nie cuma sekali je dapat kuar jemaah masturat,dan beberapa kali ke majlis taklim setiap ahad..mungkin boleh di bilang je dgn jari,dari pergi ke pekan khamis setiap khamis yang tak terbilang kerana banyak kali gi...lemah nya iman...itulah agama,benda yang bertentang dengan agama seperti nafsu,bukanlah agama...ikut nafsu lebih seronok g pekan khamis dari g dengar taklim....Ya Allah!malunya,punyalah banyak kenikmatan yang Allah SWT berikan,namun untuk memberi masa untuk agamaNya maka kita berkira-kira..sedangkan Alah SWT tidak berkira2a untuk memberi nikmat kepada kita..

Banyak yan saya belajar dan saya lihat di sepanjang tahun 2008...dan saya yakin tahun2 yang akan datang akan lebih mencabar dengan pembesaran anak2,dan saya mengharap melalui itulah saya akan lebih belajar untuk pengalaman hidup dan melalui segala cabaran dengan tenang redha...setiap apa yang berlaku pada tahun nie sudah di tentukan,dan saya yakin segala kenangan manis dan pahit yang berlaku semua kerana kasih sayang Allah SWT..Allah SWT memberi semua nya kerana kasih sayangnya kepada kita,saya masih ingat lagi kata Abah saya pada saya..
"Allah SWT menguji hambanya kerana hendak meninggikan darjat hambanya.."
Dan ayat itu terlalu banyak menenang kan saya sebenarnya..

Syukur saya atas kurniaan nikmat yang Allah SWT berikan sepanjang tahun 2008..terima kasih juga kepada orang2 sekeliling yang banyak memberi dan menerima..mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau perlakuan..semoga tahun2 yang akan datang akan lebih banyak mengajar kita erti kehidupan...amin..

Wednesday, December 24, 2008

BUATMU WANITA,ISTERI & IBU


Page 4

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA WANITA

Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya: “Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu apinya.”

Saidatina Aisyah r.ha bertanya, “ Mengapa wahai Rasulullah SAW?.’

Jawab Rasulullah SAW,

  • Kerana kebanyakkan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan,kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.

  • Tiada memuji ( bersyukur / terima kasih ) di atas kemurkaan ALLAH SWT yang di datangkan melalui suaminya. ( Jarang terdapat orang perempuan yang mahu berterima kasih di atas pemberian suaminya.)

  • Sering mengkufurkan ( engkar ) terhadap nikmat ALLAH SWT. Contohnya apabila berlaku sesuatu pertengkaran,ada isteri yang berkata, “Sudah 10 tahun kahwin dgn awak,tiada apa-apa pun.”

  • Gemar bercakap perkara-perkara yang sia-sia yang berdosa. ( contohnya,apabila bercakap mengenai perabut-perabut rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

  • Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuan dalam beragama,iaitu mereka sering tertipu atau ter pengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan,alam sekeliling dan suasana kemewahan-kemewahan zahir.

Maksud wasiat Rasulullah SAW di atas adalah mengenai ingin mengingat kan kita bahawa ahli –ahli syurga itu kebanyakkannya dari pada wanita,semoga anda dan saya terhindar dari siksaan neraka,nauzubillah min zalik…..


BUATMU WANITA,ISTERI & IBU


Page 3

RASULULLAH S..A.W BERSABDA:

DUNIA YANG PALING AKU SUKAI IALAH WANITA”


Tanda-tanda wanita yang baik Maruah dan Akhlaknya


  • Berakhlak dengan ALLAH SWT seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadat,sabar dalam menempuh kesusahan(ujian daripada ALLAH SWT dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya).Sentiasa bersyukur dengan kurnia
  • ALLAH SWT serta banyak mengigati ALLAH SWT.


  • Mentaati suaminya,redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik,bersopan-santun dalam segala percakapan dan tindakan,menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.


  • Berakhlak dengan ibubapa,memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka.Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan ALLAH SWT.


  • Baik pergaulannya sesame rakan,jiran dan masyarakat sekeliling.tidak menganggu dan menyakiti mereka,malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara termampu.


  • Tumpuan hatinya ialah untuk membaiki akhlak,mengurus rumahtangga dengan baik,memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.




BUATMU WANITA,ISTERI & IBU


Page 2

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM

Pesan Luqman pada anak-anaknya:

Sepanjang hidupku,aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para-para nabi yang lalu,iaitu sabda mereka:”

  • Apabila engkau sedang solat kepada ALLAH SWT,maka jagalah baik-baik fikiranmu.

  • Apabila engkau berada di rumah orang lain,maka jagalah pandanganmu.

  • Apabila engkai di tengah-tengah majlis,maka jagalah lidahmu.

  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan,maka jagalah perangaimu.

  • Ingat pada ALLAH SWT.

  • Ingat akan mati.

  • Lupakan budi baikmu kepada orang lain.

  • Lupakan semua kesalahan orang lain kepadamu


BUATMU WANITA,ISTERI & IBU

PAGE 1

Asma Binti Khariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu:

  • Wahai anakku,kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan.Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali.Itulah suamimu….

  • Jadilah engkau tanah bagi suamimu ( taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu(tempat bernaung).Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.Jangan engkau bebani ia dengan berbagai-bagai kesukaran,kerana ia akan memungkinkan ia meninggalkan mu.Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu………………………….





Menghitung Hari

Dalam sibuk jemaah kuar masuk di sini,tup-tup besok suami dah nak balik..bestnya lah..lega rasanya..saya dah keletihan dah menjaga anak2 keseorangan,kebetulan saya menghadapi masalah dengan kandugan..bayi saya di jangka kecil..dan asyik turun macam orang yang dah hampir untuk bersalin..mungkin kerana asyik naik turun tangga di sini..saya dilarang untuk mengkat atau mendukung suhail..kalau duduk bawah lebih dari 15 minit..bila nak bangun sakit yang teramat2 sangat..saya dah panggil mak cik urut..dia dah datang dan buat..tapi selepas beberapa hari jadi balik..nak wat macam mana..nak kena rehat..tapi dah di rumah orang,walaupun umah mak sendiri..tapi tak semua benda orang boleh tolong..dan boleh faham..jadi nak kena wat sendiri juga..

Dari hari jumaat lepas,mula2 jemaah masturat (perempuan) datang,tinggal di rumah jiran nie,pada hari sabtu pulak,jemaah perempuan kedah 40h yang ke thailand singgah di sini di umah mama 2 malam untuk transit sebelum bertolak ke kl pada hari isnin pagi..pada hari selasa pg jemaah kedah masturat 3 h pulak sampai di umah jiran yang sama,dan pada hari rabu pagi mereka pindah di satu umah di kangar..pada hari rabu ptg mama,abah dan nah,pergi nusrah jemaah south africa perempuan di rumah maksu asiah di jitra kedah..dan pg nie mama kuar 3h pulak di jitra,kedah..sememamngnya minggu yang penat..tapi setiap aktiviti dapat pahala..semuanya kerana agama Allah SWT...

Hari nie saya plan untuk rehat secukupnya..tapi anak2 pun dah boring sangat2 dok kat sini...ingat pg nie nak bawa diaorang g umah tok..tapi kalau pegi saya dah semestinya tak leh rehat..sekarang masih lagi berfikir..kalau ikut hati..malas sangat2..barang2 saya masih ada lg saki baki yang nak di kemas untuk bawa balik nanti..saya takut kalau2 wat last minit nanti bnyak pulak yang tertinggal..

Untuk persediaan menyambut bayi baru..percaya atau tak..satu benda apa pun saya tak siap lagi..saya ada rasa risau sikit..takut nanti tak larat..tapi sekarang masih lagi kesuntukkan masa..insyaallah saya nak mula siap sikit2 bermula bulan jan nie...banyak juga barang2 maisarah dan suhail yang saya dah bg pada kawan..tinggal la sikit2 lagi..

Suami saya pulak akan bertolak pada malam jumaat dan insyaallah akan sampai pada pukul 4 pg di sini..mula2 sepatutnya abang saya g amik,tapi dia cakap nak kuar 3h pada pg nie..tup2 dia tak jadi kuar,semalam pg dia g penang..ada kawan2 datang dari south africa..jd dia bawa diaorang g jalan2..mungkin 2 3 h baru balik....mana lebih pentingkan kerja agama atau kawan????
saya kadang2 takut nak komen..

Tapi bg saya semua terletak atas diri kita..kalau itu yang kita mahu.,.maka itu yang kita buat...biar lah walaupun apa yang kita belajar selama ini bertentanggan dengan apa yang kita buat..kita sepatutnya balance antara dunia dan akhirat,tujuan kita juga menuntut ilmu adalah untuk kita mengetahui segala perintah dan larangan allah SWT.. bukan untuk kita mengikut larangan dan meninggal akan perintahnya..

Walaupun abang saya tua dari saya,tapi bg saya keadaan semasa sebenarnya yang mengubah cara sesetengah ibu bapa itu mendidik anak2..biasa kita tgk adik2 kita lain cara dari kita..kita cakap..dulu2 lain,sekarang lain,kerana kita tua dari dia..cara kita muda dulu lain caranya kerana kita yang tua dalam kelauarga..tapi sekarang,keadaan semasa dunia yang merubah manusia..
Bg saya apabila kita sudah menjadi ibu bapa..kita patut beritahu pada anak2 kita apa yang baik dan apa yang buruk..kita tak boleh pikir..tak nak tegur dia secara terus terang kerana takut dia terasa hati..jadi kita kias cara2 yang kononnya menjaga hati..oh..zaman sekarang,mak bapak jaga hati anak2,bukan lagi anak2 yang takut dan patut jaga hati mak bapak..tak faham saya..mak bapak yang menjaga hati anak2 sampai tak mahu kata apa walaupun yang anak tu buat mereka tak suka..mereka biar jadi sekam dalam hati..bila meletus..anak2 jd bingung..salah siapa?????
anak atau mak bapak...

Bila di fikir dan melihat..saya menjadi takut dalam mendidik anak2...tapi Alhamdulillah suami saya banyak bercakap dan rapat dengan anak2..jadi tak lah saya sorang yang nak pikir cara menangani anak2..ada sesetengah lelaki tak pikir langsung hal anak,atau mungkin tak tunjuk kan..tapi bg saya itu tak betul..kita kena tunjuk dan bgtau..barulah anak2 tahu apa kita nak..
Lelaki yang jenis,umah bersepah dek kerana anak2,tapi dia tak tolong pun si isteri kemas,yang dia tahu berleter pada isteri tak pandai ajar anak2 dan anak2 di marahnya...tak bertanggung jawab ke dia?bila kita soal passti dia akan cakap..dia dah letih dah pergi keje cari duit untuk anak isteri,itu betul..tapi dia tak tahu..mengajar dan mendidik anak dan isteri di rumah juga adalah tanggungjawab dia..menolong isteri juga tanggungjawab dia..

Saya masih ingat lagi bila saya tanya suami saya,tak penat ke dia pegi keje,balik banyak bantu saya..dia cakap pada saya "apabila kita kuar rumah dengan mencari rezeki untu anak dan isteri kerana Allah SWT,maka setiap apa yang di lakukannya mendapat pahala..Jadi tiada rasa penat atau rugi di situ.."Begitu juga sebaliknya..apabila seorang isteri tahu segala kelebihan dan pahala apabila dia berkhidmat pada suami dan anak2 maka dia akan hilang rasa letih..

Nampaknya dah lari tajuk..itu lah kalau dah mula menulis..saya lepas nie akan postkan sedikit sedutan dari buku saya yang msih dalm proses penterjemahan hadith di johor,,semoga cepat siap..Amin...

sekian salam..

Wednesday, December 17, 2008

Tengah Marah Nie...


Boleh tak kita lepaskan geram dan marah kita pada seseorang di blog kita yang mana kita tahu dia tak baca blog2 nie... komen....

Monday, December 15, 2008

Demam apa?

Dah 2 3 h asyik soseh2,dan kelmarin batuk pulak...demam la pulak..demam apa tak tahu..suami saya cakap,saya demam rindukan dia..mungkin..saya juga rasa agak penat dengan pembawakan budak dan melayan kerenah anak2...

kelmarin adalah hari saya kena check up,jadi saya dah di arah klinik kesihatan lekir untuk check up kali nie pegi ke klinik yang berdekatan umah mama,sebab saya dah di sini..jadi kelmarin kul 8pg lagi mama suruh pegi..mula2 mcm malas sgt2..sebab tak sihat.tapi g juga.mama suruh bawa cik meena kita wat teman..bila sampai,satu je ayat yang saya nak gambarkan tentang Klinik Kesihatan Beseri..perkhidmatan untuk rakyat yang sangat2 teruk...

selama saya mengandung dari anak sulung sampai yang sekarang tak penah lagi kena klinik teruk macam nie,saya rasa klinik Lekir yang jauh dari town tu lagi bagus services...kalmarin mula2 sampai,semua ibu mengandung kena g daftar kat bangunan depan,main office la..biasanya ibu mengandung memang daftar di klinik ibu mengandung,hairan betul,ibu2 yang dah biasa memang terus la ke bangunan depan,tapi mcm saya kena berjalan pulak g depan,biasanya klinik2 kerajaan nie,mesra ibu dan anak..bayang kanlah ada ibu yang datang nak check baby yang baru lahir 8 hari untuk kuning,kena g daftar dulu di bangunan depan,tu satu hal,lepas saya daftar saya dapat no,saya dtg ke bangunan ibu mengandg letak kat,rupa2nya no yang kita dapat tu tak ada guna pun,saje2 je bagi,nama kita juga yang dia panggil,kalau panggil kuat tak apa,nie perlahan,bila banyak kali panggil,tengking pulak..dah lah bangunan tak ada air cond..campur pulak check up,kanak2 ada,ibu mengandubg ada,orang klepas bersalin datang bawa anak pun ada...dah jadi ribut kat klinik..nurse pulak dalam orang sibuk2 tu boleh pulak kuar 4 5 orang g makan,tinggal la 2 3 org dangan keadaan ramai orang..Ahhh...tension saya tunggu dan lihat keadaan di situ..saya pulak pegi dengan perut kosong,kepala sakit,hidung selsema...lepas diaorg panggil amik tekanan darah,diaorg suruh g bilik amik darah,itu memang rutin,tup2 diaorg pun bgtau pada saya di sini dia masih gunakan jarum cucuk di tangan utk amik darah,bukan macam di lekir yang dah gunakan alat krcik yang jenis tekan je cucuk kat ujung jari..sini kena amik kat belakang siku...saya kalau tiap kali mengandung amik darah macam tu memang saya suka,ntah kenapa..tapi masalahnya pulak,urat saya susah nampak,urat kecik,dan lengan besar,mana nak nampak,sampai saya dah tahu dah,kalau org tu cucuk tak sakit,maknanya kena la urat,kalau sakit memang sah2 tak kena..

Bila sampai di bilik suntikan,saya bg tangan kanan,saya cakap amik kat kat sebelah tepi,itu urat yang senang dapat darah...dia pun ok..sekali dia cucuk2..tersilap pulak tak kena urat saya cakap.dah tak dapat darah..dah lama dia tarik buang,try tgn kiri..ada 2 nurse,sorang kata urat nie,sorang lagi kata urat tu..yang mula pun yakin dengan ckp dia walau pun urat tak nampak,dia cucuk,tak dapat,yg kedua pulak,sama la,urat tak nampak tapi kata ada,saya ckp juga urat tgn kiri pun yg belah tepi mudah,diaorg tak nak..cucuk tak dapat lg..dah 3 kali dah..diaorg amik tgn kanan balik..cucuk lg..tak dapat..last ade ke diaorg suruh saya bawa botol nak isi darah g bangunan depan suruh org bangunan depan amik darah saya...he..saya rakyat,diaorg patut khidmat pada saya..ahh...geram sangat2...dgn hati geram malas nak bising saya pun pegi.nila sampai..bangunan depan jarum habis..dah saya di bawa oleh jururawat lelaki pulak pegi balik bangunan belakang amik darah di sana..dia tanya saya tgn mana nak amik,saya bgtau urat yg sebelah tepi tgn kiri.dia kata ok.sekali je dia amik terus dapat...3ml lg dia org amil..lega satu bab kat situ...

Lepas tu diaorg dlm bilik tu suruh saya bawa kad merah saya letak kat kaunter depan,selepas 10minit diaorg kat kaunter panggil dan suruh saya letak kad tu dalam bilik doktor..masa saya letak saya adalah org ke4 akan di panggil..masa tu baru orang pertama.doktor bukan ada,yang ada nurse,check up biasa je,tanya baby gerak ke,ibu sihat tak,pastu lepas dia check baby sikit,bg tarikh baru boleh le balik,percaya atau tak dalam masa sejam nurse tu cuma dapat check 2 orang je,sorang ambil mas 30minit..pinttu bilik buka,dan saya yang menunggu kat luar nie,nampak,bukan check apa pun,ntah apa2 di soal sampai berjam2...Ahh..dah tak tahan,saya bangun bg tau pada kaunter depan,saya nak balik,saya tak larat nak tunggu lagi,saya ada hal...nanti ptg saya dtg lain..jawapannya "ya ka...ha tak pa la.." itu ja...saya terus blah,jam dah pukul 10:30 dah,kebetulan anak2 tinggal ngan mama,mama kul 10 nak g siam...
Saya balik,makan,rehat,tidur,kul 2:30 ptg baru saya g balik...masa saya pegi tak ada orang langsung,cuma nurse je la yang dok sembang2....saya dtg bgtau dia org,diaorg suruh saya dok dulu,lepas 15 minit salah seorg nurse yg dok sembang tu panggil saya masuk bilik..check la..dlm 10 minit habis,dia tanya juga nak tak amik ubat,jumpa doktor kat bangunan depan,saya tak nak..tak larat lg dah nak tunggu..nasib baik la saya sekali nie je..lepas nie balik check di lekir..LEGA....

Sememangnya setiap klinik patu ada cara tersendiri sesuai dengan persekitaran tempat tu....tak perlu sampai nak susahkan rakyat...diaorg mcm makan gaji buta ja...

Apapun semoga akan datang akan ada perubahan.....

Wednesday, December 10, 2008

Dah Update!!!!

Salam semua..

Ari nie baru sempat nak tgk blog dan post sikit,..nie pun sebab budak2 tak ada..maisarah kuar main kat luar..suhail ikut abg chop kuar..lega..saya sebenarnya sekarang berada di perlis..rasanya dah 2 minggu lebih,sebab suami tak ada kuar jemaah 40h di besut terengganu..saya tak ingat dah brape hari dia g..tapi yang saya tahu 27hb nie,pg dia sampai sini...dan kalau tak ada apa2 insyaAllah pada 28 hb saya akan balik ke perak..kelas tuisyen pun akan start pada 3hb jan nie...dan akan kembali sibuk....

Bila baca blog my sister,memang tabik la..dia bukan saja ada masa yang dia curi untuk tulis blog,malah penulisannya panjang2 belaka...sempatnya dia..atau mungkin sebenarnya dia dah abis dah fasa dengan anak kecik...jadi masa agak ada kekosongan lagi..
saya masih lagi dalam fasa bersama anak2 kecil....dan apabila saya kira2..apabila saya berumur 33thn anak saya yang sulung akan berumur 15thn..adakah saya masih muda atau dah rasa tua...macam mana agaknya time tu..

start tahun depan saya dah mula sibuk hantar dan ambil anak di sekolah..start tahun hadapan juga...tak boleh lagi sesuka hati nak balik kg..kena tunggu cuti sek.start tahun hadapan maisarah dah di daftar ke tadika kanak2 perkim..apa yang saya lihat sistem pembelajaran di situ lebih bagus dari tabika kemas atau tadika swasta yg ada di kawasan saya..area umah saya yang paling dekat sitiawan dan kebanyakkan tadika cina..bila saya hantar tadika kemas sepanjang setahun tahun lepas (atas permintaan mentua saya) tiada apa yang anak saya dapat,melainkan lagu2 kemas,apa yang saya ajar dia je dia dapat..dia pegi dari kul 8-11pg,bayaran rm15...tadika perkim juga sama time pergi dan balik,bayaran rm25..tapi saya dah pegi duduk dan tgk cara guru dan sistem yang di gunakan..sama macam mana sistem dan juga cara yang di gumakan mama saya semasa mengusahakan tadika dulu..guru2 memang very good sangat..
antara subjek yang ada dan di tekankan
-bahasa melayu
-bahasa inggeris
-matematik
-bahsa arab
-pendidikkan islam
-akhlak
-quran
-bahasa cina(seminggu 2 kali)..

Dan apabila saya hantar maisarah ke situ insyaAllah dia akan mempunyai kawan bila ke convent..semua kanak2 perempuan di situ kebanyakkan akan ke convent..

untuk suhail pulak saya masih mencari pengasuh yang baru...kalau boleh untuk weekend saja pun tak apa..untuk hari yang saya ada kelas sahaja...saya cuma mengajar pada hari sabtu dan ahad je...kelas mula dari kul 8pg sampai 4 ptg..bermula bulan 4 saya perlukan pengasuh untuk 2 org pulak,suhail dan baby...pengasuh lama suhail dia dah jadi tukang masak di madrasah di lekir,jadi dah tak boleh nak jaga suhail..dia nak..tapi saya tak nak lah...environment untuk suhail dan baby dah tak best..sebab pg dan tgh hari dia memasak..jd bila nak tgk anak saya..jd kena cari pengasuh baru...

Persediaan untuk sambut baby baru pulak..apa pun belum buat..rasanya mula januari nie akan start nak beli brg...baju2 yg lama kebanyakkan dah bg org ada la lg sikit..jd banyak juga keperluan lagi..mudah2an Allah SWT mudahkan segalanya..Amin..

nie ada sikit gambar yg raya ari tu..tapi gambar suhail..bila di tgk2..ada tak ada baju....dia asyik tak diam je..





suhail atas motor uncle ijul dia..


suhail dan maisarah





Sunday, September 28, 2008

selamat hari raya..

Emmm...punyalah lama tak post kat sini sampai dah nak raya dah...kalau kak nad cakap dia morning sickness..sama lah,kerana sebab tu lah juga dah lama saya tak post..nak mengadap komputer pun malas...kepala asyik sakit yang tak hilang2,makan kalau tak kena muntah...check doctor dia kata semua normal,Uhh!!memang teruk mengandung kali nie,sebelum nie memang tak penah macam nie..sehingga saya kata pada suami,jikalau rezeki kali nie kembar memang berbaloi,kerana kawan saya baru2 nie melahirkan anak kembar sepasang,memang comel sangat...biarlah teruk pun alah tak apa..tapi tak ada dalam sejarah saya atau suami yang kembar..berangan je lah,tapi apapun tuhan tu maha kuasa,Dia boleh buat apa saja..tak mustahil kalau DIA nak bagi..Amin...

Untuk pengetahuan semua..saya sekarang sudah berada di PERLIS...Ah!!bestnya..dah lama dah tak balik,saya sampai sini ari sabtu malam,dan saya masih lagi demam tak baik2...minta2 raya nanti tak sakit kepala dan selsema je..baru best nak g umah orang dan makan..Maisarah lah yang paling best sekali...seminggu sebelum balik dia dah siapkn beg baju..ari2 bilang hari nak balik..Suhail pulak dah pandai cakap,walaupun pelat,tapi barulah sekarang dia nak betul2 kenal orang perlis...kalau tak yang dia kenal,tok mi dan acu dia je,sebab diaorang yang selalu cakap telipon dengan dia..

Salam,oklah..setakat nie je...apapun thanks untuk sesiapa yang selalu ziarah sini walaupun saya tak upgrade...salam.......

Tuesday, August 19, 2008

Pada 17hb aritu suami saya keluar jemaah 3h,Bermula ahad pg sampailah semalam baru dia balik..
selama 3h tu saya datang dan tinggal di rumah mentua,kebiasaannya saya tak nak,tapi di sebabkan saya kurang sihat,saya tido di sini,3h,2 mlm di sini,memang plan nak buka blog nak up date,tapi kepala saya asyik sakit dan tak nak hilang,saya g klinik doktor kata tak ada apa.darah normal,semua ok....mungkin Tuhan nak ampun kan dosa..Amin...

Semalam sampai je suami saya di umah,dia bawakan bermacam cite,kerana salah seorang dari ahli jemaah yang kuar tu,pada 16hb tu dia ke sri petaling umtuk hantar satu karkun untuk kuar 40h,jadi dia bagitau yang dia ada jumpa Abah di sri petaling,dan dia berasa sangat gembira dapat tengok Abah buat pertama kalinya,kerana sebelum nie asyik dengar nama je,dia tinggal satu halqah dengan ktorg sembahyang di surau yang sama dengan suami saya,ada pernah dah banyak kali abah datang ke surau tu,tapi dia tak tahu yang itu adalah Hj Harun..dalam ramai2 orang yang dia jumpa,antaranya ada satu karkun 'HAWAS' yang dia kenal,yang mana dulu adalah bos dia masa bekerja di satu bank di KL,kebetulan ktorg pun kenal,jd dia pun cite lah pada sumi saya kisah yg di cerita oleh HJ F...

Pada tahun lepas saya ingat lagi masa saya ada balik ke perlis,ada dapat tahu yang satu jemaah,yang salah seorangnya adalah Hj F,ada di hantar ke pulau langkawi,dan HJ F nie adalah antara salah seorang jemaah "tashkeel" iaitu orang yang usaha kan untuk membentukkan jemaah..sememmangnya semasa jemaah nie di langkawi,semasa mereka hemdak pulang ke sri petaling mereka dapat bawa 2 bas jemaah cash dari langkawi...

Semasa di langkawi Hj F nie telah di putuskan oleh amir jemaah bersama seorg lagi ahli jemaah untuk pergi ke tasik dayang bunting,untuk berjumpa dengan satu orang tua yang berumur 70an, pak cik nie di katakan pernah kuar 40h masa dia muda dulu,jadi dia dah lama dah tak kuar lagi selepas tu,jd HjF nie dan kawan td berangkat ke pulau tersebut dan sampai sebelum zohor di sana.mereka terus ke rumah pak cik tersebut,bila sampai mereka di sambut baik,dan mereka pun memberitahu tujuan mereka datang iaitu untuk mengajak pak cik nie kuar 40h...
pak cik nie pun bgtaulah yang dia baru berkahwin,dan mungkin mempunyai sedikit kesulitan,kerana kalau dia pergi tiada orang boleh jaga isterinya,namun Hj F terus bgtau pada dia
"makhluk tidak boleh menjaga makhluk.." dan dia pun mencerita lagi tentang banyak kelebihan bila kita kuar di jalan Allah ini...dan dia cakap pada pak cik tersebut "pak cik pergilah cakap pada isteri pak cik macam mana yang kami cakapkan pada pak cik,kami akan tunggu pak cik di masjid sambil zikir,nanti sembahyang zohor pak cik datang bgtau keputusan." HJ F pun terus ke nmasjid dgn kawan tadi,Bila sampai waktu solat zohor pak cik td sampai dengan senyum sampai telinga,dalam keadaan sangat gembira dia memberitahu yang isterinya mengizinkan dia pergi,namun katanya keperluan kewangannya mungkin tak cukup,Kata HJ F,"tak apa,pak cik tinggal banyak mana untuk keperluan isteri,bawa yang mana ada sahaja," selepas di kira,dia cuma ada dalam rm2-300 sahaja,Jadi selepas solat zohor mereka pun berangkat,kerana bas nak kl akan bertolak pada kebesokkan harinya...maka dengan pilihan Allah swt pak cik tadi pun dapat pergi bersama..

Selepas sehari di sri petaling jemaah yang ada pak cik nie di putuskan kuar di area Subang Jaya,iaitu kawasan HJ F td,hari pertama tu dia masih ok dan sihat,pada hari kedua dia mengalami batuk yang teruk,jadi mereka memutuskan untuk bawa dia ke hospital,bila sampai di sana dia di kesan mengalami virus di buah pinggang dan buah pinggangnya dah rosak teruk dan virus dah samapi di jangtungnya,dia terus di masukkan ke ICU,dan bernafas dengan hanya mengunakan bantuan mesin,mereka memaklumkan pada isterinya dan isterinya redha,dia meninggal pada keesokkan harinya,isterinya meminta jenazah Arwah di bawa pulang untuk di kebumukan di pulau dayang bunting.jadi ahli jemaah bermesyuarat dan mengira segala kos hospital,penghantaran,mandi jenazah kafan sampai lah kubur,semua sekali Rm1300...jadi ahli jemaah sedia untuk menambah jikalau tak cukup duit arwah,dia orang pun check beg duit dia dan terkejut sangat duit yang ada dalam dompet arwah cukup rm1300..jadi arwah selamat di hantar pulang dan di kebumikan..betul2 pilihan Allah SWT,walau dah lama tak kuar namun dia di pilih untuk mati di jalan Allah SWT..orang yang mandikan jenazah memberitahu,tak pernah dia memandikan jenazah seharum dan seringan mcm jenazah arwah..

Terlalu banyak sangat kelebihan apa bila kita syahid di jalan Allah SWT,namun masa tak mengizinkan saya nak menulis lebih lanjut..ada keje pulak..mentua panggil...salammmmmmmm...

Thursday, August 7, 2008

Antara teruja dan Penat

Salam semua...

Sekejap betul masa berlalu,pejam celik dah masuk ogos,ari nie pun dah 8hb,saya cepat2 buka wallet tengaok lesen,kalau tak silap dah dekat2 nak tamat tempoh lesen kereta saya,rupa2nya 6hb aritu lagi dah tamat..jadi td terus g pejabat pos untuk renew balik..ari nie memang letih sgt2..sebenarnya dah 4hari suami saya demam,anak2 dah dua hari demam,dan saya selaku doktor dan jururawat ari nie baru nak start demam..suami ari nie dah ok,suhail pun dah ok,tinggal maisarah je yang masih keletihan,masalahnya dia tak nak makan,suhail kebah je demam nak nasi,asyik makan tak berhenti..maisarah apa saja dia nak semua saya buat,tapi dia masih tak lalu nak makan,jd dia agak kurus sikit..walaupun baru 3 hari demam..

Saya nie sekarang antara TERUJA dan PENAT...sebenarnya masih lagi terasa penat menjaga anak yang dua nie,namun kata orang takkanlah anak baru dua dah penat,penat nya bukan apa,mengejar suhail dari dia mula dapat berjalan sampai hari nie,maisarah mungkin dah kurang sikit penatnya sebab dah besar,tapi suhail,huh...pijak je tanah,samada turun dari kereta atau kuar rumah,berlari dia macam tak cukup kaki,ke mana saja,tak takut pulak tu,memang merisaukan..beberapa minggu yang lepas opah suami saya jatuh sakit,jadi ramailah anak cucunya yang balik pada hujung minggu lepas,saya pulak biasalah setiap hujung minggu tusyen,jadi suhail setiap kali saya datang ziarah opah,dia saya tinggalkan pada pengasuh,masa saya datang mengajar lagilah tinggalkan dia,semua orang tanya,mana suhail,orang tak tahu,dengan keadaan ramai orang nie lagi la dia seronok ikut orang...Bahaya..sebab rumah nie tepi jalan besar....

TERUJAnya pulak...sebenarnya sapa pun tak tahu lagi,mama atau sapa2 pun tak tahu lagi,ingat dia datang minggu depan baru nak bagitahu,takut dia rasa tak ready atau saya sebenarnya yang tak ready,tak tahu la..beberapa minggu yang lepas saya ada buat test pregnant,sbb banyak sangat simptom2 pregnant...dan keputusannya,saya pregnant,dan kalau ikut perkiraan sendiri saya mungkin dah hampir 3 bulan pregnant...memang excited sangat,suhail pun mudah2an dapat adik slow sikit pergerakkannya,lagipun dia tahun depan dah 3 tahun,sama lah jarak kelahiran antara dia dan maisarah,mudah2an pregnant kali nie selamat...sebab tulah asyik keletihan je...apapun saya bersedia...

Yang terakhir semoga opah cepat sembuh,dan make doa for me and my family..thanks..
salammmmmmmmmm.........

Thursday, July 24, 2008

Salam..

Lamanya tak menulis..Dah rindu..tapi masa asyik tak mengizinkAri nie sebenarnya kemas rumah,buang semua barang2 yang dah tak pakai,dan hari nie siapkan satu bilik untuk maisarah dan suhail belajar...diaorang pun happy sangat...maisarah mulai minggu lepas dah tak gi sekolah di atas sebab2 tertentu..jadi saya plan nak ajar dia kat rumah sampai habis tahun nie dan dalam masa yang sama insyaAllah ujung bulan nie nak daftar dia di kelas Smart Reader...kelas tu seminggu 2 kali,sekali sesi 2 jam,dan bayarang sebulan rm60,start tahun depan dia dah saya daftar di tadika Perkim di sitiawan,Kenapa saya hantar dia ke perkim?Ada orang yang tanya kan soalan ini..jawapannya,Apabila saya meninjau di sini tiada melayu yang buat tadika dengan kaedah seperti english islamic school,kebanyakkan orang pagi antar anak-anak ke tadika abim atau pasti-dari kul 8pg-11.30pg,ptg dari kul 3-5 antar pegi tadika cina di sitiawan untuk english,Jadi saya pikir mcm tak pratikal dan anak2 mcm stress je..jadi saya meninjau dan lebih eloklah di perkim,Kerana guru untuk english-cina mualaf dan englishnya memang bagus,di situ ada 2 org guru mualaf dan sorang guru berbangsa melayu,di situ juga menekankan english,mathematic dan ajaran islam,kerana itu adalah permintaan Mualaf cina dan india bagi kawasan sitiawan,dan tadika nie juga di bawah jabatan agama islam,anak saya juga adalah orang melayu pertama yang mendaftar di situ,salah satunya juga maisarah baik di situ adalah kerana kebanyakkan kanak2 perempuan di situ akan pergi ke sekolah rendah convent bila darjah 1,jadi satu bonus untuk dia mendapat kawan apabila dia hendak masuk ke darjah 1,kerana maisarah juga akan ke convent..Ramai juga ahli keluarga suami yang tak setuju bila dapat tahu saya mendaftar maisarah di convent utk sek.rendah,kata mereka itu sek cina banyak dan banyak org kristian,Namun hakikat yang sebenarnya bila saya pergi sendiri meninjau,antara kebaikannya:

1. semua pelajar adalah perempuan.

2.kebanyyakkan guru adalah melayu dan beragama islam.

3.Pelajar yang memakai tudung adalah boleh dikatakan 80%.

4.pendidikan islam pun ada.

So,bukanlah seperti yang di katakan orang..

Malam nie sebenarnya saya ada di rumah mentua,kitaorang dah 3 hari tak datang sini,pagi tadi handphone abis battery jadi caj,dan bila sibuk terus terlupa,ptg td dah kul 7.15 bila on tgk mak mentua saya call 25kali,Saya dan suami mula la kecut perut,dari pagi tadi pulak tu diaorang cuba call,HP saya pulak hilang,jadi kitaorang terus cepat2 siap dan keluar dtg umah mentua,Kitaorang sepanjang jalan mcm2 spekulasi di buat,tup2 bila sampai,rupa2nya lepas isyak ada kenduri di rumah mentua saya nie,saya pun hairan kenduri apa,tak ada hujan,tak ada ribut,tetiba nak adakan kenduri,saya pun tanya pada suami kenduri apa?,Jawapannya "Kenduri nak berubat abah,nak buang SAKA" terdiam saya dengar jawapan dia,ayah mentua saya memang selalu sakit2, bila saya diam suami saya terus sambung "tapi setakat hari nie Alhamdulillah belum ada lagi anak2 abah yang dapat saka nie," Saya pun cakapla, "baru malam nie ingat nak tgk drama baru kat tv3,KEKASIHKU SERU,kisah tentang waris yang mencari keturunan tuannnya,"
tetiba azan maghrib,suami terus g sembahyang,kenduri pun tak panggil ramai orang sebab,ada la 5 6 org dan adik-bradik yang dekat je kot..

ok...stop dulu,nanti sambung

salam...BYEEEEEEEEEEEEE..

Wednesday, July 9, 2008

Apakah Pilihan Saya???????

Tujuan menulis kali nie bukanlah niat untuk meminta belas ehsan,sekadar berkongsi pengalaman dan 'RASA'...

Saya bukanlah orang senang,nak kata susah..Alhamdulillah,setakat ari nie Alahh SWT sentiasa cukupkan dan sempurnakan..Dah lama juga tak menulis di sini kerana agak sibuk sikit kebelakangan nie dengan kelas tuisyen...

Tengah hari tadi saya ada call mama..saja bertanya kan khabar dia..tapi adik saya yang jawab..ktorang pun borak2..pastu dia tanya tentang penjualan pad (tuala herba wanita yang di beri abg saya untuk di jual..ia adalah cara MLM..tu pun mama yang sponsorkan saya jadi ahli..jadi dapat lah pad tu sikit..)

Saya dah 2 bulan letak tuala wanita nie di kedai kawan,ada satu lagi kedai rupanya dia juga menjual tuala wanita yang sama..dia cakap dah lama dia letak tapi yang laku cuma satu dua..tapi saya pikir tak apa..cuba biar lama lagi..dalam pada masa yang sama apabila saya jumpa kawan2 sudah tentulah saya promotekan barang saya..tapi masih tiada yang mahu..dengan keadaan kewangan sekarang mungkin ramai nak berjimat kot..jadi saya pun runsing...apa yang perlu saya buat???? Berharap hanya pada Allah SWT..Jadi mungkin belum ada rezeki saya lagi..

Saya juga cite benda yang sama pada adik saya..tapi bila saya kata agak susah nak jual di sini..dia bagaikan memprotes kata saya..dan akhirnya dia macam malas nak cakap ngan saya mungkin dia pikir saya tak cukup usaha atau bagi orang macam saya semua susah..saya pun cakap lagipun saya tak cukup modal...adik saya cakap Pad yang ada tu abg saya cakap jual la bila dah jualduit simpan dapat rm200 sekali untung boleh buat modal beli yang baru...itu betul saya tak nafikan..
Tapi bila dia cakap ayat simpan..saya terfikir,bukan tak nak simpan kalau ada duit..nak sangat2 simpan...keluarga selalu cakap pada saya duit kalau ada simpan,tak perlu tak payah beli,beli apa yang patut je..save..save..saya pun terpikir agaknya mungki8n diaorang ingat saya boros..beli yang bukan2...

Bagi saya jangan kata nak simpan,nak beli barang atau susu anak pun kadang2 tak ada duit...kalau saya ada duit rm100 saya cuma ada itu saja tak ada duit lain,dan suami juga tak ada duit...dalam pada hari yang sama susu,pampers,barang jkeperluan rumah abis..apa patut saya buat???????
Simpan duit tu untuk diri sendiri takut orang kata boros???
atau
Guna duit tu untuk barang2 yang abis tadi?????
Sudah tentu saya akan guna untuk keperluan anak2,biar saya tak ada tak apa..asal anak2 tak kelaparan di rumah..

Dengan gaji suami saya sebagai pekerja buruh biasa yang cuma rm 60 sehari,keje 5hari seminggu..60 * 5 = Rm 300 seminggu,sebulan rm1200..itu kalau keje 5hari seminggu,,kalau ada hal yang tak dapat di elak..2 3 bulan nie gaji dia bila di kira cuma 800 sebulan je...jadi bila saya ada tak kan saya nak simpan untuk saya..sudah tentu di guna bersama..untuk keperluan...

Dia keje seminggu..abi9s seminggu baru dapat duit..yang seminggu tu nak makan apa? lepas minggu pertama keje dapat duit bayar sewa umah 300..abis duit..keje lagi seminggu..dapat duit bayar bil2..susu.pampers..abis 300..keje lagi..Jadi cuba kita pikir..yang dalam dua minggu tu macam mana keperluan???tu tak termasuk sakit demam lagi...
anak saya pernah sampai dua tiga hari tak kminum susu sebab ktorg tak ada duit nak beli susu...
apa yang mampu suami saya beri cuma itu..jadi saya redha..lagi pun ada ramai lagi yang susah dari saya..saya tak pilih hidup macam nie..wanita mana yang tak mahu hidup dia dan anak2 sempurna cukup lengkap segalanya..nak ada segalanya..semua orang nak..Tapi Tuhan tidak akan menguji seorang hambanya tanpa hamba itu mampu laluinya...

Tuhan itu nak memberi kesenangan,kebaikan selepas kita melalui musibah dan ujian darinya dengan redha..saya percaya tuhan akan membalas segala yang di ber ujian ini.kalau tak sekarang,lambat laun,kalau tak di dunia,tapi di akhirat kelak..

Tapi orang tak akan faham selagi tak lalui apa yang kita lalui..bila kita cakap oarang akan kata..Faham..Tahu..tapi dia akan cuma Faham dan Tahu bila kena pada batang hidung sendiri...
Anak sulung saya pernah cakap "Kita orang susah..sian kat kita.."
Saya cakap pada dia.."Kita tak susah..kita kaya kerana kita ada Allah SWT.."


Saya dan suami selalu berfikir biarlah kaperluan kami cuma cukup untuk keperluan tak banyak macam orang,namun dia ada saya dan anak2 dan saya ada dia dan anak2,kerana semua ini lebih bernilai dari segala-galanya....biarlah dia tak mampu seperti orang lain namun kerana agamanya saya bahagia...sepanjang saya berkahwin satu benda pun saya tak penah minta dari dia..kerana saya tak ingin membebankan dia..cukuplah dia redha dengan saya..kerana saya cuma mengharapkan syurga melalui dia..

Jadi apakah pilihan saya?????

Miss u Abah...

Tuesday, July 1, 2008

Wednesday, June 25, 2008

Nasihat Buat Puteri..

Asma Binti Khairiyah diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu...:
  • Wahai anakku,kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau di besarkan.Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali..Itulah suamimu..
  • Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau lantai supaya ia menjadi tiangnya.Jangan engkau bebani ia dengan berbagai-bagai kesukaran,kerana ia memungkinkan ia meninggalkanmu..kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya,pendengarannya,matanya dan lain-lain.Janganlah sampai suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu...

Friday, June 20, 2008

PESANAN LUQMAN AL-HAKIM

Ingat lagi dulu mama selalu juga bgtau tentang pesanan luqman kalau tak silap dulu ada lekat dalam bilik masa budak2 dulu...ada ke ingat akn pesanan tu????
jadi di sebab kan selalu menjadi manusia yang lalai dan luapa..yang perlu selalu di ingat dan di cakap lagi dan lagi...maka ari nie nak syer ngan semua...Semoga saya tak akan lupa dan dapat ingat kan anak-anak saya pulak...

Pesanan Luqman pada anak-anaknya.

"sepanjang hidupku,aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka nabi yang lalu,iaitu sabda mereka.."

  • Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT, MAka jagalah baik-baik fikiranmu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, Maka jagalah pandanganmu.
  • Apabila engkau di tengah-tengah majlis,Maka jagalah lidah mu.
  • Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, Maka jagalah perangaimu.
  • Ingat pada Allah SWT.
  • Ingat akan mati.
  • Lupakan budi baikmu kepada orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain kepadamu.
Aminn...Semoga saya dan anak2 saya dapat ingat akan pesanan luqman ini untuk di jaga di dalam kehidupan seharian...

Tuesday, June 17, 2008

I'm proud be one of ur daugther...

Dulu bila tiba Father's day.. beli kad cuma satu..untuk abah..
sekarang?? dah dua..

Tapi sebanyak mana pun ucapan atau kad kepada sesiapa pun..maksud mesti jelas..bagi dengan hati yang bukan saja ikhlas tapi penuh dengan kasih sayang...

mungkin di hari lain kita tak berpeluang untuk mengucapkannya...
memeluknya erat memberitahu betapa dia kita sayang....
betapa dia kita hargai...
tiada lagi ayah sehebat dia...

Abah adalah orang yang sentiasa fikirkan anak2,keluarga dan orang lain lebih dari diri sendiri..
Sungguh berbangga rasanya menjadi salah seorang anak abah...
Rasa bangga memberitahu pada dunia.....
Saya anak Hj Harun....

Pernah satu hari saya menulis sms pada abah memberitahu akan masalah yang saya hadapi...
Jawapannya...
"Salam..Sabarlah di dalam menghadapi ujian Allah SWT...
Allah SWT menguji hambanya kerana ingin meningkatkan darjat hambanya...
Jaga amal mengadu lagi dan lagi pada Allah SWT,maka Allah SWT pasti dan pasti akan membantu kita...selagi kita menjaga amal ibadat dan menunaikan perintahnya...
Abah sentiasa doa kan untuk Apiah (panggilan dlm keluarga)...
Abah Pasti akan bantu dan bersama Apiah.."

Memang pada pertana kali membaca sms,menitis2 air mata...
Inilah jawapan dari seorang ayah yang meletakkan Allah SWT sebagai pencaturnya...
Setiap apa keputusan yang Abah buat saya mesti yakin itu adalah yang terbaik..
kerana is di sulami dengan doa yang tidak henti2 dari abah kepada Allah SWT...

Pernah one day my Hubby cite..
Satu hari ada satu jemaah dari luar..tapi fee tak ingat,tak silap jemaah bangladesh..
datang ke surau Madrasah kat umah mama...
Jemaah tu ada bagi Bayan @ ceramah di surau...
Salah satu katanya.."Apabila seorang ayah mengahwinkan anak perempuannya dengan seorang yang beriman,maka di akhirat kelah dia dan Rasullullah SAW akan mcm nie (sambil menunjukkan jari tengah dan jari telunjuk yang di rapatkan...) "
Hubby fee cakap dia melihat abah menitiskan air mata..

Memang fee rasa bangga jikalau biar lah tiada harta yang dapat di beri...
Tapi mengembirakan abah adalah yang lebih bahagia..
Bagi fee tiada apalah yang dapat fee beri atau balas di atas segala apa yang telah abah lakukan pada fee..Hanya Allah SWT sajalah yang dapat membalasnya...
Apa yang dapat fee berikan hanyalah doa dari seorang anak untuk seorang ayah...

Sekarang abah ada di korea..
sedang menjalankan kerja dakwah..
Sebelum dia naik flight dia msg fee...
"Jaga diri..Jaga amal..Jaga anak2..Jaga suami..
doa untuk abah.."

For a wonderful Dad:

Father's day is the perfect time,
To say what's is always true,
Like just how much it means to have
a speacial dad like you.....

And since it's never said enoungh,
this come to let you know,
You'll always be a dad who's loved
Much more than words can show.

Happy father's day
to Abah...
Miss u and love u...

My first time Tag

First time wat tag..thanks to abg yeh..ari tu kak opin ada tag tapi tak sempat...

5 of the presents i want :

1. To see all my children can make sunnah in all they live
2. Dapat terus di beri kekuatan untuk terus beribadat tanpa menyusahkan orang..
3. Nak 12 orang anak (larat ke....Ameen..)
4. Dapat menjaga ibu bapa apabila mereka dah uzur
5.Dapat Tunaikan hak saudara tanpa tuntut hak kembali

5 reasons for my 5 presents( above):

1. Untuk kejayaan mereka Dunia dan Akhirat..
2. Biar pun di usia 80 atau 90(jikalau di panjang kan umur)
3.Sebab hubby cakap bila ada 12 orang anak baru dapat rumah idaman
4. Kerana pahala yang besar (Khidmat dapat Allah)
5.kerana kita selalu lalai dalam menunaikan hak (jadikanlah aku 0rang yang sentiasa ikhlas di dalam menunaikan hak saudara..Ameen...)

5 characteristics in the person i admire :

1. Always there to help me
2.Never lets me down
3. Memahami diri ini lebih dari semua orang
4. Sentiasa menyayagi fee walau siapapun fee
5. Sehingga dia menjadi manusia yang jikalau dia tiada,fee bagaikan hilang diri fee sendiri..

Best thing MY BEST FRIEND ever did to me :

Sentiasa bersama biar dalam keadaan apa sekali pun...

5 things I do when I'm bored :

1.Baca buku
2.Gaduh dengan suhail dan maisarah
3. Masak
4. Shopping
5. Tengok kolam Ikan keli

5 Great Inventions:

1.My children
2. My Parents
3.My Hubby
4. My Freinds
5.My blog

5 thing i hate the most:

1.Bila anak2 wat perangai

2.Kawan yang tak jujur
3.Menunggu
4.Masakkan tak menjadi
5. Anak murid tak faham2 juga apa yang di ajar

(nak tambah sikit....Jgn marah..)


1 orang yang adalah kelemahan kita,sentiasa menyentuh hati walaupun sekadar membaca sms darinya....

1. My Dad

For all women

Thursday, June 12, 2008

Salam

Dah seminggu dah internet dah ada kat umah,tapi ari nie baru sempat nak tulis blog....

Semalam malam khamis,fee ikut suami pergi ipoh sebab dia ada mesyuarat,kita orang pergi berdua,Suhail tinggal pada pengasuh dan Maisarah pada mak mertua...Selepas suami habis mesyuarat dalam pukul 11 malam...masa on the way nak balik dia ajak singgah di night market atau kat ipoh di kenali sebagai GERBANG MALAM...

Mula2 memang excited nak cari barang yang best2....Rupa2nya sekali pergi,apa pun tak ada yang best...semuanya barang yang biasa2 je...kitaorang jalan dari mula sampai lorong yang terakhir,bila patah balik last2 apa pun tak beli....best lagi rasanya pegi pegi pekan khamis yang kat sitiawan nie..lagi macam2 ada..

tapi apa yang dapat di ipoh kain untuk kusyen di rumah...sekarang nie baru sudah siap potong..nak jahit sendiri..mudah2an menjadi..Amin..

Start last week saya dah mula mengajar tuisyen untuk MADRASAH HAFIZAH AL-QURAN LEKIR..ari sabtu sahaja..pagi dan petang,pagi 2jam setengah, petang pun macam tu..kelas pagi ada 25orang bermula dari umur 13 tahun hingga 23 tahun...saya mengajar math dan english.. memang best dan teruja sgt2..sebab mengajar Hafizah2 nie best melihat muka2 mereka ....ada nur.. tenang je..utk kelas ptg ada 15 orang dari umur 7 tahun hingga 10 tahun....

doa for me and my family...
take care..
salam................

Monday, May 26, 2008

Taman Ular & Bukit Air,Perlis








birthday boy.....




Suhail & Maisarah


Birthday boy And Opah Ndak

Selamat bercuti....

Salam.......

Apakah anda benar-benar berasa sedang bercuti atau anda bercuti tapi tidak rasa seperti bercuti....ada parents2 yang antar anak tusyen kat fee,mereka guru dan cuti dua minggu nie penuh dengan kelas2 tusyen..cuti di beri tapi macam tak cuti lah juga...mungkin di sebabkan oleh masalah sekolah yang agak di dalam kawasan desa ini memerlukan lebih lagi tumpuan....ada kanak2 yang dah darjah 3 tapi bila di tanya tentang subjek yang terutama sekali BI mereka hakikat sebenarnya tidak faham langsung apa yang di ajar oleh guru di hadapan...walaupun itu mereka yang berada di kelas 3 pintar...bagaimanalah yang berada di kelas yang lagi bawah...memang kesian..

Fee puntengah binggung aritu mana nak daftar maisarah(anak sulung fee) untuk darjah satu,orang cakap sekarang dah kena daftar awal,walaupun dia pada 2010 baru darjah satu...Bila fee pikir2 dan mesyuarat dengan suami kami putuskan maisarah akan di daftarkan di sekolah rendah convent sitiawan...Sekolah nie hanyalah untuk kanak2 perempuan sahaja dan di sini setakat yang fee tahu memang pretasi kanak2 bagus..kebanyakkan kanak pun dari bangsa cina,india dan melayu..jikalau dia kesekolah hanyalah melayu maka fee takut dia akan merasa mereka serupa seperti dia dan tak perlu nak berlawan untuk menjadi pandai..yang pasti guru2 di sek. convent setakat arinie bagus2 belaka...jadi doa semoga dia akan berjaya di situ....


Fee sekarang ada di kampung halaman perlis indera kayangan....bestnyeeeeee......ari sabtu subuh bertolak dari rumah pergi rumah kakak ipar di kulim sebab ada kenduri,petang tu lepas asar balik perlis,arinie 26hb pg tadi gi taman ular,pastu bawa anak2 g mandi di bukit air,pastu g kuala perlis,pastu g padang besar...insyaAllah besok pagi dah nak balik....

Besok 27 hb birthday Ahmad Suhail (anak no 2 fee)....besok genap 2 tahun..tapi banyak orang cakap dia macam 3 tahun....kaki berjalannya macam orang tak cukup kaki....pantang buka pintu naka kuar je...apapun....

HAPPY BIRTHDAY SUHAILSEMOGA SUHAIL MENJADI HAFIZ DAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.....AMEEN........

nanti fee masuk gambar..

salam.......bye

Sunday, May 11, 2008

kawan atau lawan

salam semua..

kawan atau lawan mana yang anda mahu???sudah tentulah kawan,kawan yang sejati yang kita percaya yang kita hormati..pastinya akan berasa sedih bila sesuatu itu menimpa antara kita...
kawan baik atau kawan biasa sekalipun yang fee kenal yang baik dgn fee terus terang fee cakap kalau bab makan minum atau wang ringgit sememmangnya fee tak berkira atau kisah...tapi bila kepercayaan,kehormatan,kejujuran kita di khianati maka sesungguhnya itu lebih lagilah menyayatkan hati...sedih yang teramat2 sangat..

kawan yang menikam kita dari belakang...kawan yang di hadapan lain yang di belakang lain memang menyakitkan...hanya kawan yang meletakkan Allah SWT di hadapan saja yang tidak akan mengkhianati kita....InsyaAllah..

minggu lepas hubby fee g ijtimak di masjid sri petaling,minggu nie pulak dia nak kuar jemaah 3 hari..doa fee mudah-mudahhan dia akan bawa balik segala keutmaan dalam agama untuk kami sekeluarga..Amin..kata orang jikalau kita ingin berjaya di dalam sesuatu maka hendaklah kita iaiutu suami isteri bersama2 membawa satu fikir bagaimana hendak cerjaya di dalam perkara tersebut,contoh seperti hari ini kita lihat ramai yang agak berjaya di dalam MLM yang mana mereka bergambar sebelah kereta2 mewah sebelah rumah2 banglo yang mana menunjukkan akan kejayaan mereka,itu kerana mereka membawa dan menjalankan satu kerja dan juga satu fikir di dalam perniagaan tersebut...siang malam mereka berfikir bagaimana cara untuk berjaya..bagaimana cara untuk menatik minat manusia hari ini...

begitulah juga Agama..yang mana jikalau kita suami isteri dapat membawa satu fikir tentang agama barulah agama akan masuk kedalam rumah kita..dan rumah2 kita dapat jadi seperti madrasah..keluarga kita dapat mengamalkan Agama dan Sunnah dengan sempurna...

maka dengan itu fikir2kanlah...next time sambung lagi...
Doa lah buat saya yang lemah ini...

salammmmmmmmm.....

Thursday, May 8, 2008

salam

Dah 2 minggu lebih rupanya tak menulis di sini...masa dan juga keadaan tak mengizinkan..

Ari tu mula2 bz ngan nursery,mama,abah and my sister datang dari perlis, dua tiga hari lepas tu pegi kl,balik dari kl,maisrah (anak fee yang sulung) demam campak air atau orang kat sini ( perak) panggil demam pelentung..seumur hidup fee memang tak penah rasanya ada sape2 dalam family fee yang pernah kena demam nie...fee pun tak ingat atau tak tahu rasanya apa yang orang perlis panggil nama demam nie...rasa macam oarng sana (perlis) panggil demam campak air atau demam cacaq air...fee yang tak penah kena nie pun rasa takut juga mungkin sikit lagi berjangkit la...mother in-low fee pun kena pastu baru anak fee kena..tapi orang dah tua kalau macam fee nie kena....sakit nye lebih rasanya seabab kalau budak2 dia tak tahu sakit2 nie..anak fee gatal pun tidak..relax je..

Sekarang still lagi demam dan tak baik lagi..insyaallah 2 3 hari lagi sihat make doa for me and my family..

Thursday, April 17, 2008

Utk anda..


Jangan Lupa dapat kan Duhai yang tersayang hari ini untuk orang tersayang anda...

Salam semua..

Kat bawah nie fee ada tulis dua tiga kata -kata dari Duhai yang tersayang..
Fee ari nie dalam mood yang agak kureng baik sikit...demam dah dekat seminggu tak baik2 lagi... gi jumpa doktor,dia kata selsema tak baik sebab sterss...tak cukup rehat..

Besok cuti,pun ada keje....lusa insyaAllah mcm mana pun nak rehat juga...

k.lah tak leh nak lama2 ada keje..

salamm...

Rajuk Semasam Mangga


Tapi awas kalau ternyata...
Merajuknya berfakta...
Masamnya berdata...
Malah ilmiah pula...
Ini Rajuk taraf tinggi..
Yang perlu ditangani berhati-hati...
Kalau ternyata benar..
Apa salahnya kita terima..
Diam dan koreksi diri...
Mengaku dan kemudian berjanji...
Tidak akan mengukanginya lagi...
Tidak kalah,dengan mengalah...

Katakan,
"Sayang..abang alpa"
Bisikkan, "Darling..I lupa.."
Kemudian hulurkan tangan,pintalah kemaafan,
Pendekatan Casanova,tapi hati suci..
Kadang-kadang dengan sedikit memberi..
Kita akan banyak menerima..
Merajuk Isteri semasam mangga muda..
Perisanya masam,tetapi...
Kalau kena cicahnya..
Enaknya akan terasa..
Ingat! api yang panas...
Padam oleh salju yang dingin...


Sifat Seorang Perempuan


Ah,perempuan..
Kata Pujangga mereka seperti angin...
Lembutnya melenakan...
Ributnya mengusarkan...
Adakal mereka seperti ibu...
Menyaji kasih,menghidang sayang..
Adakala mereka seperti anak..
Ingin di belai,minta di manjakan...
Sekali-Sekala mereka seperti nenek...
Berleter seadanya,merungut semahunya....

Pertama keikhlasan..
Kedua bijaksana...
Hulurkan simpati,taburkan empati..
Kata yang datang dari hati,akan turun ke hati..
Ucapkanlah : "Deritamu di hatiku'

Bila dia merajuk..
Pandai-pandailah memujuk...
Buka telinga,tajamkan deria..
Dengar,amati suaranya..
Teliti dengan hati terseni..
Rasional atau emosi???

Kalau ternyata daripada emosi...
Belailah emosi itu..
Jangan dihadapi secara rasional..
Mereka tak akan terdaya mengunyah hujah..
berilah seribu sebab...
lengkap dengan perangkaan statistik..
atau dokumen saintifik..
Namun...mereka tetap melulu..
Kerana fikiran sudah berjerebu...


Gandingan Kemuliaan

Ali dan Fatimah...
Subuh itu mereka berdua bertemu Nabi SAW..
Lalu diluah ketandusan upaya..
Betapa tenaga seakan tak mampu lagi...
Untuk menanggung beban keluarga...
Sudilah kiranya dihadiahkam seorang sahaya...

Tersenyum Rasulullah SAW mendengar rintihan..
Lalu diberikan zikir sebagai gantian..
Tiga kalimat sarat keberkatan...
Subhanallah,Alhamdulillah,Allah hu Akbar...
Lalu esoknya mereka Datang lagi...
Bersama satu kelapangan dan kekayaan hati...
Cukuplah kami tidak perlu apa-apa lagi!..

Meraka miskin harta tapi kaya jiwa...
Sering berpisah tak gundah...
Mereka bercinta kerana Allah SWT....

Indahnya mempelai di mahligai kemiskinan..
Bila bersatu dua kemuliaan...
Seorang Karamallahuwajhah,
Seorang al-Zahrah!


Semua bukan,Bahagia dalam diri....

Pelbagai jalan menimbulkan dilema
Memcari yang benar,mempelai tersasar

Kalaulah bahagia itu pada harta....
Kalaulah bahagia itu pada nama....
Kalaulah bahagia itu pada rupa.....
Kalaulah bahagia itu pada kuasa...
Kenapa Charles dan Diana berpisah???
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah???
Kenapa Onasis dan Jackie bertelagah???


Rupanya.....
Bahagia itu dari dalam diri....
Kesannya zahir,rupanya maknawi....
Terpendam bagai permata di dasar hati....
Terbenam bagai mutiara di laut nurani.....
Bahagia itu pada hati....
Bertahta di kerajaan diri....
Bahagia itu pada jiwa...
Mahkota di singgahsana rasa.......

Bahagia itu pada kesabaran....
Bila susah tak gelisah....
bila miskin tak pemarah...
Bila sakit tak gundah....
Bila gagal tak resah...
Oh,suamiku, "Innalillah."

Wednesday, April 16, 2008

NAK BGTAU

salam..

Ari nie kuar jumpa sepupu terus datang cc..

CC kat sitiawan atu manjung nie..semuanya best2..eksklusif je tempatnya...tapi orang kat dalam nie..semua macam gila2 je..ternyanyi2..ntah ape2..

sebenarnya nak syer ada buku yang hubby fee hadiahkan,memang best sangat buku tu..tajuknya 'DUHAI YANG TERSAYANG' setiap bait kata-katanya memang best,rasanya untuk suami yang tak pandai berkata2 boleh lah di belikan satu utk isteri tersayang....
nanti petang kalau rajin fee tulis salah satu puisi atau kata2 dalam buku tu..

ok..sekian chowwwwwwwwwwww..

salam..

Sunday, April 13, 2008

SALAM

Syukur,alhamdulillah dapat sekali lagi fee menaip di sini..thanks kak opin untuk nasihat..memang betul masa anak kecik2 nie la nak kena semua kita tengok depan mata..

Cuma setakat ari nie alhamdulillah semuanya Allah SWT permudahkan....
ari khamis yang lepas fee g KLIA antar mama ngan abah g umrah...best kerana dapat mengembirakan dia orang dengan menghantar dia orang...apa yang dapat fee bagi hanyalah doa semoga diaorang sihat2 je kat sana dan dapat menjalankan amal ibadat dengan baik dan dapat pulang dengan selamat..sebenarnya pergi sana dalam pakej..dapat hilangkan rindu untuk semua,dapat jumpa tok..abg chop, mak tih,mama,abah,mak ngah,cu mah,cu yah..

Aritu besday mama fee pada 7 april..free memang terlupa langsung....mama call fee pagi tu bersembang lama dalam dekat 30 minit juga...last2 fee tanya ada apa dia call,dia cakap"saje je call,tanya khabar."
pastuy lepas abis cakap adik fee call bgtau arinie besday mama...ala...memang terlupa sangat2,dia call nak tunggu tgk fee ingat ke tak nak wish besday dia..lepas tu fee terus sms wish kat dia..fee yang semakin tua agaknya dah asyik lupa..

jadi fee nak wish lagi skali..HAPPY BIRTHDAY TO MAMA...I LOVE U ALWAYS...
and 4 my sister HAPPY BIRTHDAY TO U...on 4 april..semoga cepat mengerti erti sebenar kehidupan..jaga amal..

kalau boleh masa dia orang balik nanti ingat nak g amik kat alor star,tapi rasa macam tak boleh je..sebab semalam publications call kena tambah lagi buku dalam 100 helai dan nak kena siap lagi dalam 2minggu kena hantar kat diaorang....sekarang memang tengah perah idea...Alhamdulillah Hubby banyak sangat membantu..

apapun fee harap niat fee buat buku ikhlas untuk semua WANITA,ISTERI dan IBU,dapat di rasai oleh semua,dan dapat mereka rasa betapa mereka sangat di hargai dan mulia di sisi TUHAN dan Agama..

please make doa for me...

love..
salam..

Tuesday, April 8, 2008

welcome to myself

salam semua..
rindunya lama tak tengok blog...bz sangat2...cari duit,duit nie kalau di cari sampai bila tak cukup..
Alhamdulillah buku yang fee wat dah hampir nak selesai penyemakkan...

dua tiga hari nie fee sibuk menyalin buku 114 wasiat Rasulullah SAW pada saidina Ali r.ha..
sememangnya amat menyentuh hati...hubby cakap "nape tak photostat je.." tapi fee kebih suka salin dengan tangan supaya dapat ingat,kalau copy belum tentu akan baca..fee pinjam buku tu dari library di sitiawan..

hari nie kat cc nie...dapat sekejap je kat sini dan terlupa nak bawa buku yang ada wasiat tu..hari lain fee nak bgtau sikit salah satu dari wasiat tu..

untuk my sis thanks kerana melawat rumah baru apiah....
to madet...datang lagi ye!!

love u all..

salam..

Tuesday, March 18, 2008

semua rasa..

salam..

pening sedih sayu dan best semua ada...

masam manis,masin,kelat,semua rasa ada...tak tahu rasa mana satu yang betul...
sedihnya bila ada masalah dan gembira bila dapat bercerita pada tuhan akan apa yang kita rasa pada hari ini..


salam..

Monday, March 17, 2008

kau dan aku

morning..

menjalani kehidupan sememangnya penuh dengan ujian, dugaan,berkawan, berkeluarga atau apa cara sekalipun tuhan tetap akan menguji kita samaada dengan apa cara sekalipun..
setiap kali ujian datang apa yang fee ingat adalah kata2 abah.."Allah SWT menguji hambanya adalah untuk meninggikan darjat hambanya..." kata2 itu juga sememmangnya agaknya menyenangkan hati..namun muhasabah diri juga perlu...

kadang2 menangismengurangkan sedikit masalah yang tak mungkin akan hilang,namun dengan bersembahyang insyaallah bukan sahaja menyenangkan namun pasti tuhan akan bantu...
persahabatan kadang2 merumitkan...

fee ada kawan baik yang sentiasa bersama dengan fee...tahun nie dah 7 tahun atau rasanya mungkin dah lebih fee kenal dia....dia sentiasa bersama walau dalam apa jua keadaan,menangis,sedih,susah,senang,gembira,...segala-galanya..dialah yang akan fee mula2 cari..

sehingga kadang2 fee rasa macam mana kalau dia tak ada...itu lah silap fee kerana selalu mengharap pada dia...sedangkan bukan itu yang sepatutnya...harap hanya pada tuhan bukan pada makhluk....

Dia tak penah kata tak atau tak boleh pada fee...setiap masa bila2 masa saje fee perlu tak kira siang atau malam...dia sedia..

adakah ini yang di gelar teman setia / sejati?
apa yang selalu dia ucap.."kita kawan baik selamanya..."

Thanks for everything mdt...

friend 4 ever...

salam..bye!

Sunday, March 16, 2008

hatdith 4 today

Abdullah bin said r.anhu melaporkan,

"RASULULLAH SAW MENGERJAKAN 4 RAKAAT SELEPAS ZAWAL SEBELUM ZOHOR DAN BERKATA, "PINTU-PINTU LANGIT DI BUKA KETIKA INI.DAKU INGIN AGAR AMAL KEBAIKANKU DI ANGKAT KETIKA INI."

(SUSUNAN TIRMIZI,BAB SOLAT,HADITH 478) KITAB SHAMAIL TIRMIDHI

ULASAN :
APAKAH AMALAN YANG LEBIH BAIK DAN MULIA DARI SOLAT,INILAH AMALAN YANG TERBAIK DI ANTARA SEMUA AMALAN.

RASULULLAH SAW BERSABDA:
"SEJUK PANDANGAN MATA KU ADALAH DALAM SOLAH.'

HADITH LAIN BERBUNYI.

"ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAH ADALAH SEUMPAMA BERBICARA SECARA RAHSIA DENGAN ALLAH SWT."

demam blog

semekom semua...

semalam sampai umah dalam kul 10 malam..lewat sebab singgah umah mentua dulu...penatnya..nak demam pun ada rasa..tapi pagi td ada program agama untuk wanita..lepas kesana tadi sempat luangkan masa jap nak tgk my blog...
cuma tak leh nak tulis lama2 sebab nak g rehat jap..
besok insyaAllah nak cantikkan lagi blog..

thanks utk sesiapa yang datang menjenguk..

askum...make doa for me..

Friday, March 14, 2008

hadith for today

Hazrat Aisyah r.anha katanya,"Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW telah masuk ke rumah dan saya dapat merasakan dari wajah baginda SAW bahawa sesutu perkara yang besar telah menimpanya.Baginda SAW telah berwudhuk dan tidak bercakap dgn sesiapa pun.Aku pun telah merapatkan diri ke dinding untuk mendengar perkara yang di sabdakan oleh baginda SAW.Baginda telah duduk di atas mimbar lalu memuji Allah SWT dan lantas bersabda:

" WAHAI MANUSIA,SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TELH BERFIRMAN KEPADA KAMU,'SURUHLAH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN LARANGLAH MEREKA DARI PADA MELAKUKAN KEMUNGKARAN,SEBELUM TIBA MASANYA KAMU BERDOA KEPADA KU TETAPIAKU TIDAK AKAN MEMPERKENANKAN DOA KAMU,KAMU MEMINTA DARIPADAKU,TETAPI AKU TIDAK AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU,KEMUDIAN KAMU MEMOHAN BANTUAN KEPADA KU (TERHADAP MUSUHMU) TETAPI AKU TIDAK AKAN MEMBANTU KAMU."

Baginda SAW tidak menambah selain daripada perkataan itu selain itu sehingga Baginda SAW turun dari mimbar..(hadith riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Ibnu Majah.)


Hazrat Abu Darda r.hu ,salah seorang sahabat yang unggul berkata,"Kamu mestilah menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran,kalau tidak ALLAH SWT akan membangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu.Dia tidak akan menghormati orang tua kamu dan dia tidak akan menaruh belas kasihan kepada yang muda-muda d kalangan kamu.Pada masa itu doa orang yang saleh d kalangan kamu pun tidak akan di terima.Kamu inginkan bantuan tetapi bantuan tidak akan di berikan.Kamu memohon keampunan tetapi kamu tidak akan di ampuni.

ALLAH SWT berfirman di dalam surah MUHAMMAD AYAT 7, yang bermaksud:

"WAHAI ORANG YANG BERIMAN,KALAU KAMU MEMELA (AGAMA) ALLAH,NESCAYA ALLAH MEMBELA KAMU (UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN) DAN MENEGUHKAN TAPAK PENDIRIAN KAMU."

thanks...

salam and morning semua...

1st sekali happy coz ada juga yang sudi megunjungi umah baru fee..sebenarnya rasa masih banyak lagi yang perlu blajar...

2nd-ari nie kecoh tentang perlantikkan mb baru negeri perlis..tetiba rasa malu menjadi rakyat perlis..atas kenyataan yang di buat oleh bekas mb perlis....tak rasional ke tak munasabah?ramai orang bercakap2 kosoong atau menambah2 cite yang sudah sememangnya panas..betul atau tak betul,dah tak d peduli..dosa atau pahala dah tak d hirau....

3rd-pagi nie tgh siap2 dah nak balik perak...tapi dan juga selepas kemas2 barang nak jenguk jap umah baru..kalau d perak pc fee kawan pinjam letak kat umah dia...fee pun baru setahun pindah perak,dan kawasan kitaorang tinggal adalah permahan lot,,dan tak banyak lagi rumah ,jadi line kabel telekom belum ada..so tak ada internet kat umah...tp member fee nie partner biz dgn fee..jd ari2 mmg g umah dia,dia juga lah satu2 nya kwn fee kat perak..

anak yang sulung tak nak ikut balik,seronok tinggal kat perlis,tapi tak boleh l tinggal nanti mama dia tak tido malam rindu kat dia..anak2 walaupun kadang2 memenatkan dan menyakitkan,tapi itulah nikmat...anak adalah anugerah yang teramat indah...

semoga anak2 fee akan menjadi hafiz dan hafizah,menjadi anak yang taat pada tuhan dan ibu bapa..amin........

k lah,nak bertolak jap lagi dalam kul 11...see u soon..jgn serik datang lagi...salam

p/s - bg la tips apa2 yang patut fee tambah kat blog fee nie...

Thursday, March 13, 2008

my lovely children





my lovely good girl....

Aisyah Maisarah Almahdi


















my lovely clever boy
Ahmad Suhail Almahdi

still learn...

ini kali ke 2 menulis d blog nie..agak leceh rupanya nak mencantikkan blog nie..perlu ada kretif dan rajin..
nampaknya lepas nie banyak masa depan pc je la....anak2 dah mula cemburu...mama asyik bz..
fee masih lagi belajar nak wat blog nie..dgn melihat blog2 orang lain..kak,abg dan adik fee..mereka mmg kretif..mgkn kerana masa juga mengizinkan mereka untuk mencantik dan menjaga blog mereka..

fee sekarang still d perlis..may be kalau ak ade ape besok dah nak balik perak..sebenarnya hati dah tak sabar nak balik melihat negeri yang dah d tawan oleh pembangkang semenjak dah dapat kerajaan baru tak tgk lagi keadaan negeri perak,masyarakatnya...
fee juga rasa tak sabar nak melihat perubahan apa yang akan berlaku..

so..thanks for visit here...see u soon..bye!!!!!!!!!

Wednesday, March 12, 2008

for the first time..!!!!!

ai semua..
setelah bertahun melayari internet hari ini baru berpeluang mempunyai blog sendiri..
best rasanya dapt juga kongsi cite dan menghilangkan tensen dlm kepala nie...
sebelum nie tak ada masa asyik bz dengan anak dan suami.. sekarang tgh time free!!!!!!!!!!!

semua leh panggil saya dengan panggil fee....ari nie saya still di kg..iaitu di perlis...
may be jumaat dah nak balik kot...bila sesekali balik kg nie memang letih gile dgn 2 anak2 yang masih kecil dan comel...yang sulung bercakap bagai ada sepuluh mulut..yang kecik diam tapi berjalan macam ada 10 kaki...namun mereka lah penawar duka dan penghibur hati..

yang sulung girl benama AISYAH MAISARAH,berumur 5 tahun.. no 2 - AHMAD SUHAIL - berumur 1 thn9 bulan... nanti fee blajar pulak mcm mane nak masukkan gambar dalam blog..biasa la budak baru blajar....

anyway...dah tak tau nak tulis ape...ape pun wat sesiapa wat melayari my blog nie bagi2 lah tunjuk ajar....


chow bella...askum...